CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganjaran RM3,000 Salur Bukti Sah Penganiaya Kucing, Simbah Dengan Cat

30-9-2023 08:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3782| Komen: 64

Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct) menawarkan ganjaran RM3,000 kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat dengan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai individu yang menyimbah cat putih ke atas seekor anak kucing seperti yang tular di media sosial.


Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, ganjaran tunai itu diberikan sekiranya penganiaya haiwan terbabit berjaya ditangkap, didakwa dan dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Keadaan kucing ketika baru ditemui

"Perbuatan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah mengancam nyawa kucing itu memandangkan cat adalah bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kucing jika kucing menjilat badannya.

"Saksi kejadian atau penduduk Gombak boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ini ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di talian WhatsApp 0105394749," katanya kepada Harian Metro.


Difahamkan, anak kucing itu ditemui di sebuah universiti awam di Gombak, Selangor.

Kes boleh disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing dengan peruntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000 jika didapati bersalah.

Selepas dibersihkan namun dalam keadaan lemah

Terdahulu, tular mengenai keadaan kucing itu yang dipenuhi cat putih selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna akaun X @izzat_bashir .

Menerusi ciapan itu, pengguna akaun berkenaan juga sudah menyerahkan anak kucing itu kepada polis bantuan.

Dalam masa sama, pengguna akaun itu juga turut memuat naik keadaan terkini kucing yang diberi nama Meow itu selepas dibersihkan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 30-9-2023 08:21 PM
Sick people. My neighbour pulak  ikat anjing dekat tiang lampu tengahari buta. I pegi terus rumah dia bgtau bawak anjing u masuk. Terus cakap sorry sorry. Sorry wak lu. Getting caught baru kata sorry
Quote lo_la 30-9-2023 08:40 PM
Antifake replied at 30-9-2023 08:21 PM
Sick people. My neighbour pulak  ikat anjing dekat tiang lampu tengahari buta. I pegi terus rumah di ...

Kudos to you
Quote edayildiz 30-9-2023 08:52 PM
nape la buat kt kucing cmtu..i hrp yg buat tu nnti dpt pembalasan kt dunia..
xfhm la nape perlu jd kejam..mkn duit hrm ke aampai kejam sgt tu..btw i xsuka la tgk tiktok..asik tnjk kucing..panda anjing..stress bethol sbb i cpt kesian pastu jd sedih spjg hari..
Quote Kangkung1M 30-9-2023 09:40 PM
Edited by Kangkung1M at 30-9-2023 10:01 AM
Antifake replied at 30-9-2023 08:21 AM
Sick people. My neighbour pulak  ikat anjing dekat tiang lampu tengahari buta. I pegi terus rumah di ...

Terima kasih orang baik

[Twitter]https://twitter.com/izzat_bashir/status/1707565366669627753?t=98xHTiio2hFYxspZthigdA&s=19[/Twitter]
I teringat kisah Merpati Pelangi yg viral tahun lepas.

Ada seorang peniaga burung mewarnakan burung merpati miliknya guna semburan cat.

[Ig]https://www.instagram.com/p/CZhIwXApDhj/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Burung merpati tersebut menjadi tumpuan ramai seterusnya meningkatkan jualan kedai burungnya.

Netizen mempertikai tindakan peniaga burung namun tidak diendah, sebaliknya terus melakukan aktiviti tersebut dengan skala lebih besar.

[TikTok]7059632292104342811[/TikTok]
Apabila seorang doktor veterinar tampil membidas perbuatannya, barulah aktiviti tersebut berakhir.

[Ig]https://www.instagram.com/p/CZWyALTJ1V-/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
[Ig]https://www.instagram.com/p/CZZDqLUPOwX/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote imanda 30-9-2023 09:52 PM
bongok nya drg ni ms kekecik xnak plak masuk pertandingan kaler lukisan merdeka, dah tua2 p kaler2 lak kat haiwan. nate beruk betol drg ni
Quote fortiori13 30-9-2023 09:58 PM
Siapala yg kejam tak de hati perut tu... orang gini patut kena lenyek dgn jentolak
Quote Kangkung1M 30-9-2023 10:20 PM
imanda replied at 30-9-2023 09:52 AM
bongok nya drg ni ms kekecik xnak plak masuk pertandingan kaler lukisan merdeka, dah tua2 p kaler2 l ...

Kat USA, ada sorang tiktoker warnakan anjingnya dengan warna merah.

[TikTok]7046439541506460975[/TikTok]
Antara alasan kenapa dia warnakan anjingnya:
"because we can"

[TikTok]7026737741337742638[/TikTok]
Quote imanda 30-9-2023 10:27 PM
Kangkung1M replied at 30-9-2023 10:20 PM
Kat USA, ada sorang tiktoker warnakan anjingnya dengan warna merah.



kakkung, pls i xmo tgk video. i is pencinta haiwan, sian drg kn mcm2 dgn manusia yg lagi binatang sifatnya dr haiwan tu sendiri huhu
bulu haiwan tu dah cukup cantik dah Allah cipta xyah nak kaler2 dgn chemical tu sume
Quote Ayda89 30-9-2023 10:29 PM
Semoga pelaku dapat kifarah atas perbuatan dia jahat nak mampos
Quote olaklempit 30-9-2023 10:43 PM
Sick people...my jiran angkut kucing2 yg selalu makan di rumah kami entah ke mana dibuang. Kucing jiran lain yg kerap kencing atau berak di rumah nya. Kucing stray depan rumah kami jadi mangsa
Quote Kangkung1M 30-9-2023 10:50 PM
Edited by Kangkung1M at 30-9-2023 10:52 AM
imanda replied at 30-9-2023 10:27 AM
kakkung, pls i xmo tgk video. i is pencinta haiwan, sian drg kn mcm2 dgn manusia yg lagi binatang  ...

Okay2, nah segarkan mata you dengan keindahan warna burung merpati spesis Punai Gading. Yang ni warna pelangi asli, bukan kena spray dengan cat.

[Ig]https://www.instagram.com/p/Ci3nTPHPPp0/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote imanda 30-9-2023 10:58 PM
Kangkung1M replied at 30-9-2023 10:50 PM
Okay2, nah segarkan mata you dengan keindahan warna burung merpati spesis Punai Gading. Yang ni war ...




nah munga
Quote ninja boy 30-9-2023 10:58 PM
Untungla kucing ada pembela, ini penagih dadah yg dikenali menjenayah keluar masuk lokap jail tak boleh ka iklankan kasi kiok mamat itu
Quote Skuau 30-9-2023 11:14 PM
Edited by Skuau at 30-9-2023 11:17 PM

mohon persatuan haiwan Malaysia...sediakan khidmat kutip kucing liar dan jugak khidmat bersihkan berak,kencing kucing liar seluruh negara...untuk satu perkara..mcm la korang terpaling...untuk 1 perkara lain... korang bersembunyi di sebalik taik kucing....la pulak
Quote Buritan 1-10-2023 02:23 AM
Kangkung1M:  Edited by Kangkung1M at 30-9- ...
olaklempit: Sick people...my jiran angkut  ...


Simple sis.. kucing stray ni i takkan bg jinakk . Just bg mkn tp jgn pegang dia.. nanti dia jinak dgn kitaa.. bila jinak dia percaya semua manusia baik.. sbb tuu aku kucing stray aku marah marah supaya dia dpt survive.. jiran aku tuu dah brp kali buang kucing jgkk.. tp kucing kali ni tak berjaya sbb liar.. ade seko bpk kucing tuu baik dgm aku.. selalu mintak mkn pas tuu dah tak de.. mesti jiran aku yg buang
Quote kaedahnya 1-10-2023 04:02 AM
actually kan, kalau kucing berak kencing kat rumah jiran, kat laluan awam semua tu, stress tau kalau asyik nak kena basuh, so aku paham je kalau orang tak selesa bila jiran lain duk jamu kucing makan. tapi aku tak sokong perangai iq rendah cat kucing ni la.
Quote kepompong 1-10-2023 06:09 AM
kat area rumah i pulak monyet berkeliaran dlm kumpulan lebih 20 ekor.. menakutkan . monyet2 tu dah tkde haiwan yg jadikan dia pemangsa.. sbb semua hutan2 dah ditebang jadi banglo2 kilang (bukan rumah) &  stadium ke apa entah nama tempat tu..... so populasi monyet bertambah cepat , lagi cepat drp manusia . cuma rate hidup dia tak lama macam kita . ada byk kumpulan monyet tau. setiap 1 kumpulan lebih kurang 20 ekor, akan ada "ketua" yg muka garang & badan paling besar , i suspect itu monyet paling tua & gagah perkasa dlm kumpulan tu... org2 yg i jumpa rata2 tak berani buat apa2 , ada 2 sebab, takut monyet balas dendam (which i doubt monyet sebijak tu ke) & 1 lagi sebab worry sbb takut kena tindakan undang2 . so biar je la kot . entah la
Quote green~tea 1-10-2023 07:31 AM
Kenapa ye buat zalim csmtu kat binatang..

Aku pun takde laa suka kucing2 strays especially baka PPRT taik busuk.. tp aku takde laaa sampai hati nak aniaya binatang


Eh serous aku benci kucing PPRT local.. apsal taik kucing local busuk eh.. wrong breed??
Quote any42 1-10-2023 07:33 AM
kesian meow. semoga murah rezeki org yg tolong kucing tu

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052924 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top