CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stadium Shah Alam Tetap Diroboh Tahun Ini - Amirudin

30-9-2023 05:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2538| Komen: 17

Shah Alam: Kerajaan Selangor masih menunggu kelulusan permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi kerja merobohkan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menjangkakan perobohan salah satu mercu tanda negeri itu akan dibuat pada Oktober atau awal November nanti.


"Sekarang saya tengah tunggu KM.... KM dapat, kita akan laksanakan (perobohan) tahun ini.

"Sudah tentu, stadium akan dirobohkan tahun ini. Jika tidak awal Oktober, pada akhir Oktober atau mungkin awal November ini. Itu sasaran kita.

"Insya-Allah, tahun ini kita akan mulakan perobohan dan 2026 akan siap," katanya ketika mengulas perkembangan terkini perobohan stadium itu selepas ditemui pada majlis perasmian Selangor Property Expo 2023 Anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) di sini hari ini.


Media pada Jun melaporkan, kerajaan negeri sudah menghantar pemohonan KM untuk kerja merobohkan Stadium Shah Alam.

Kerajaan negeri juga dilapor mengumumkan yang mercu tanda Selangor dan fasiliti sekitarnya akan berwajah baharu, menerusi kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang kosnya dianggar RM787 juta.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 30-9-2023 05:34 PM
Mercu tanda, sayang diroboh..

Quote Perwira2022 30-9-2023 05:42 PM
Takde projek besar camne warlords PH nak bernafas. Takkan nak harap dana jamban sekolah 1B tu aje
Quote blue_blur 30-9-2023 06:59 PM
Perwira2022 replied at 30-9-2023 05:42 PM
Takde projek besar camne warlords PH nak bernafas. Takkan nak harap dana jamban sekolah 1B tu aje

amalan buat duit sesama sendiri sejak berzaman wajar diteruskan demi kelangsungan keturunan.

cuma, patutnya, alang2 nak spend mega, buat lah yang unik... harap basement tu, buat indoor circuit untuk gokart atau kalau lagi ekstrem, untuk kereta racing, ada juga la event bulanan untuk support tempat tu hidup... stadium konsert asing kan, stadium bola lain, stadium renang buat la asing2 3 4 biji nak spread crowded sebab, yang sedia ada dah padat yang kat atas tu.. benda ni orang mampu bayar.. velodrom pun buat sebijik...

parking semua sumbat basement bertingkat, tak perlu open.. stesen mrt tu pun sebelah je kan..
Quote Highflyer19 30-9-2023 08:35 PM
Perwira2022 replied at 30-9-2023 05:42 PM
Takde projek besar camne warlords PH nak bernafas. Takkan nak harap dana jamban sekolah 1B tu aje

Quote kucingitam 2-10-2023 12:36 PM
sayangnya..kenapalah sebelum ni tak dijaga baik2.. kalau jagabaik2 takde lah rosak teruk
Quote MissYouSayang 2-10-2023 12:40 PM
Siapa yg undi mamat cokia ni mmg bangang
Quote Perawankota 2-10-2023 01:04 PM
Dak2 ex uitm performing art pasti merindui stadium ni nanti...
Quote wirazam 2-10-2023 02:20 PM
kucingitam replied at 2-10-2023 12:36 PM
sayangnya..kenapalah sebelum ni tak dijaga baik2.. kalau jagabaik2 takde lah rosak teruk

Mmg tak boleh nak diperbaiki ke? Sayangnya
Quote kemaruk 2-10-2023 02:23 PM
So harga beras turun ke kalau buat stadium2 nih
Quote Tinot7 2-10-2023 02:34 PM
Takde duit utk maintenance tapi ada duit utk bina baru?
Quote Skuau 2-10-2023 02:39 PM
ni misti geng roboh jamban tanda x tu...Hoi!...itu bkn rmh kassim baba la...
Quote kucingitam 2-10-2023 03:12 PM
wirazam replied at 2-10-2023 02:20 PM
Mmg tak boleh nak diperbaiki ke? Sayangnya

kos utk baiki lagi tinggi
Quote wirazam 2-10-2023 03:18 PM
kucingitam replied at 2-10-2023 03:12 PM
kos utk baiki lagi tinggi

Selalu dengar alasan mcm ni..Rasa mcm overuse pulak..takde ke pakar pakar ukurbahan, your bangunan utk verified..mana dia all those pakar prof prof kat Univ..
Secara logiknya kos akan lebih murah sbb structure asas dah ada..bukannya dah runtuh etc etc..
Cuba tgk bangunan bekas kilang pelombongan kat London tuh..renovate jadi lawa gilet..structure guna yg asal
Quote FrostQueen 2-10-2023 03:21 PM
Biasa la... karang ada pulak kroni yg xdpt bagi anak & bini2 makan. Lumrah org2 politaik, macam tak biasa.
Quote tungkai 2-10-2023 03:25 PM
Ko roboh yg lama pastu buat baru. Dah siap semua pastu takde buat schedule maintenance pastu usang pastu roboh buat baru...ulang2..
Quote kucingitam 2-10-2023 03:37 PM
wirazam replied at 2-10-2023 03:18 PM
Selalu dengar alasan mcm ni..Rasa mcm overuse pulak..takde ke pakar pakar ukurbahan, your bangunan ...

tak juga. sometimes mmg kos refurbishing tak berbaloi..baik buat baru.. ni yg kat tpt kerja meols la.. congak, tambah tolak. yg std ni mesti dah buat due diligence dah few years back. delay lama
Quote B40tastePosh 3-10-2023 12:58 AM
Setuju dirobohkan walaupun ade kenangan di situ.

Tapi semua stadium architecture nye sama je.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059464 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top