CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Maut Ditikam Suami

30-9-2023 05:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18404| Komen: 242

Arau: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pada kira-kira 10 pagi.



Beliau berkata, wanita berusia 31 tahun yang bekerja sebagai jururawat itu dipercayai ditikam dengan sebilah pisau pada bahagian dada kiri dalam kejadian kira-kira 6 pagi, dengan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dikesan pada dirinya.

"Suspek yang juga seorang pesara tentera berusia 38 tahun dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, polis turut menemukan sebilah pisau yang disimpan dalam sebuah beg di dapur rumah itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian, dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, pasangan itu meninggalkan dua anak lelaki, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 30-9-2023 05:38 PM
2cm tak dalam sgt. mungkin kena jantung
Quote stroberi_80 30-9-2023 05:52 PM
Kecik lg anak2 mereka. Kesian nya.
Salam takziah.
Quote LoveSungmin 30-9-2023 06:02 PM
muda lagi wifenya.. kesian anak²..
Quote menjad 30-9-2023 06:07 PM
Nekadnya ko, hilang ibu kepada anak2
Quote LoveSungmin 30-9-2023 06:08 PM
*Salam Sejahtera*

*YDH Datuk Seri PJSJ*
*YDH Dato'-Dato' T/PJSJ*
*YDH Dato'/Tuan/Puan*

*Makluman awal kes (1)(P)(M) meninggal dunia ditikam dengan pisau sehingga mati oleh suaminya di No 2 B Batu 3/4, Jalan Padang NYU, 02600 Arau, Perlis*

*1. No Repot:* Arau/003050/23 @ 30/09/2023 @ 1124 hrs

*2.Tempat Kejadian:* No 2 B Batu 3/4, Jalan Padang NYU, 02600 Arau, Perlis

*3. Seksyen:* 302 KK

*4. Pegawai Penyiasat:*
ASP Mohd Yusry Bin Mahamad Ghaus- KBSJD IPD Arau, Perlis.(0124336002)

*5. Pengadu:*
Nama: Mohd Khaireel Anas Bin Abu Kasim
Umur: 26 tahun 2 bulan
Pekerjaan : Polis
Alamat: Pondok Pengawal Ipk Perlis

*6. Butiran Si Mati:*

Nama : Munirah Binti Abu Bakar
No. K/P: 920509-09-xxxx
Umur: 31 Tahun
Pekerjaan: Jururawat Masyarakat HTF Kangar Perlis
Alamat: Batu 5 1/4 Jalan Kaki Bukit Beseri, 02400 Kangar Perlis

*7. Fakta Kes:*

Pada 30.09.2023 jam lebih kurang 1030hrs semasa pengadu sedang bertugas di Pos Hadapan IPK Perlis telah datang (1)(L) Melayu nama Indera Zailani bin Mohamad Sani No. Kad pengenalan 850507-08-xxxxberumur 38 tahun telah menyerah diri dan memberitahu kepada pengadu bahawa beliau telah menikam isterinya yang berada di rumah alamat Padang Nyu Arau Perlis. Tujuan buat laporan Polis ini adalah untuk maklumat pertama.

Hasil siasatan awal mendapati pada 30/09/2023 jam lebih kurang 0630 hrs semasa berasa diruang tamu Oyds menyatakan berlaku perselisihan faham dengan si mati dimana simati ada menceritakan kepadanya bahawa simati mempunyai teman lelaki lain dan pernah membuat hubungan seks serta inginkan perceraian. Oyds yang berang terus mengambil pisau terus menikam dada kiri simati. Simati kemudiannya telah dialihkan masuk ke dalam bilik tidur dan ditutup dengan selimut sementara oyds membersihkan kesan darah di ruang tamu. Oyds kemudiannya telah ke Kem Komandan IPK Perlis dan menyerah diri.

Pemeriksaan dari pegawai perubatan HTF Kangar Perlis Muhammad Asri Bin Ismail telah hadir di tempat kejadian mengesahkan simati telah meninggal dunia.

Pihak Forensik IPK Perlis telah dipanggil bagi membantu siasatan. Hasil pemeriksaan pada tubuh badan dada simati terdapat kesan luka dipercayai kesan tikaman berukuran lebih kurang 2cm pada bahagian dada sebelah Kiri.

*8. Butiran Oyds*

Nama: Indera Zailani Bin Mohamad Sani
No KP: 850507-08-xxxx
Jantina: Lelaki
Umur: 38 Tahun
Alamat: 93F Kampung Banggol Sekawan Pulang, 33320 Gerik, Perak
Pekerjaan: Bekas Tentera (Diberhentikan Masalah Disiplin Dadah Tahun 2019.)
No. Askar: T11400008
Hubungan: Suami
Rekod Lampau: 01
- Kangar/3225/20 - Sek. 15(1)(a) ADB - Tangkap

*9. Tindakan yang diambil:*

9.1 Maklum kes kepada YDH Tuan KJSJ dan YDH Tuan KPD Arau.
9.2. Maklum kes kepada PT D9 IPK Perlis.
9.3.  Si mati dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis untuk bedah siasat.

*Sekian, untuk makluman YDH Datuk Seri/Dato'/Tuan/Puan*

*Terima Kasih*

*KJSJ Perlis*

#infosemasa
@infosemasaofficial
IMG_20230930_180608_576.jpg
Quote TeropongThaico 30-9-2023 06:19 PM
Innalillah..
Kesian le pula. Dah le ditikam mati terpancut pula aibnya. Harap tak benar le berita ni
Quote amyza 30-9-2023 06:23 PM
Tak tau nak kesian kat siapa
Mana2 laki mesti lah marah dah bini bagitau reason mcm tu. Ckp je lah nak cerai sbb dah takde cinta.
Quote axl_bach 30-9-2023 06:27 PM
Kita x tahu betul atau tidak alasan si suami.... Si mati pun dah tiada utk bela diri dari tuduhan yg suami buat dlm laporan polis tu
Quote _kelly 30-9-2023 06:33 PM
"simati mempunyai teman lelaki lain dan pernah membuat hubungan seks serta inginkan perceraian."

hmm, nak bercerai, terus ke mahkamah bukak file, jangan provok cerita macam ni..pape pon takziah, kesian anak2 balik sekolah jadi yatim piatu
Quote honeybee1802 30-9-2023 06:34 PM
axl_bach replied at 30-9-2023 06:27 PM
Kita x tahu betul atau tidak alasan si suami.... Si mati pun dah tiada utk bela diri dari tuduhan yg ...

Tu la pasal...dgn sejarah lakinya diberhentikan sbb dadah...
Quote alieyrina 30-9-2023 06:51 PM
Kenapa mcm dejavu. Hari tu kes bunuh bini kat perlis jugak kan
Quote jazaa100 30-9-2023 06:59 PM
Mentang² arwah dah meninggal....blh pulak fitnahkn dia....

Ntah² dia yg ada skandal...

Quote jazaa100 30-9-2023 07:00 PM
alieyrina replied at 30-9-2023 06:51 PM
Kenapa mcm dejavu. Hari tu kes bunuh bini kat perlis jugak kan

Hari tu polis hisap dadah....

Ni pun kes hisap dadah....
Quote Tinot7 30-9-2023 07:14 PM
Takziah kpd keluarga. Camne la anak2 terima berita ni
Quote Thunderclouds 30-9-2023 07:34 PM
Jgn ada yg xpakai otak sembang arwah got what she deserved (kna bunuh ngn tok laki sbb skandal).
Arwah tu xbole bela diri sendri dh.
Yg hidup & bunuh dia pulak kaki dadih.
Pikir² la seblom tulis mcm².
Takziah.
Quote otai_g 30-9-2023 07:56 PM
Kot ye benar pun pasal kisah si isteri Kes bunuh ttp bunuh. X de maknanya ko blh terlepas walau apa jua alasan pun.
Quote sukacactus 30-9-2023 08:05 PM
Screenshot_20230930-153606_Facebook.jpg
Tu ha rupa pelaku
Sian ank2
Kalau betul arwah buat hal pun, xleh ke lepaskan elok2
Quote nipskacang 30-9-2023 08:13 PM
TeropongThaico replied at 30-9-2023 06:19 PM
Innalillah..
Kesian le pula. Dah le ditikam mati terpancut pula aibnya. Harap tak benar le berita ni ...

Org dh mati kalau dia reka cte pun xde sape pon tahu lol
Quote faraway1 30-9-2023 08:18 PM
Sian anak anak.

Mak meninggal bapak pembunuh dalam penjara

Lihat semua komen(242)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.118868 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top