CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Bengkel Kereta Kerugian RM4,000 Akibat Banjir

30-9-2023 04:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2253| Komen: 0

Alor Setar: Kejadian banjir kilat yang berlaku sejak Isnin lalu menyebabkan pemilik bengkel kereta di Pokok Sena dekat sini, terpaksa menanggung kerugian besar kerana tidak sempat menyelamatkan barang jualan dan peralatan bengkel yang ditenggelami air.


Ini disebabkan paras air sungai yang tinggi dan arus deras memasuki bengkel berkenaan susulan hujan lebat.

Md Azhar Md Isa, 62, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM4,000 selepas bengkel kereta miliknya itu yang rosak akibat kejadian itu.

Pemilik bengkel kereta, Md Azhar Md Isa, 62, melihat barangan di bengkelnya rosak akibat ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Dia yang mengusahakan bengkel itu sejak 2008 berkata, banjir berlaku terlalu cepat hingga menyebabkan peralatan seperti generator, enjin yang sedang dibaiki rosak akibat tenggelam dalam air.


"Saya takut hujan lagi sebab dengar kata di Padang Sanai di Padang Terap semalam hujan lebat takut air sana turun sini kami tenggelam lagi.

"Hanya sempat dua tiga barang saja yang berjaya dibawa lari," katanya.

Seorang lagi mangsa yang juga peniaga kedai makan, Sapura Idris, 60, berkata, banjir yang berlaku kali ini menyebabkan peralatan di kedainya rosak.

Lebih merunsingkannya, pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional perlu dibayar namun perniagaan tidak dapat dijalankan.

Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Alor Merah di daerah Kota Setar, Yusrina Ibrahim, 52, pula berkata, dia bimbang dengan barangan yang ditinggalkan di rumah sewanya di Alor Merah kerana ketika kejadian, air berada pada paras hampir setengah meter.

Menurutnya, yang juga orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pada kaki tidak dapat pulang membersihkan rumah kerana tidak berdaya.

"Saya tinggal sebatang kara di sini dan berharap banjir ini surut dengan cepat kerana sudah dua hari berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah ini.

"Mungkin barang-barang Saya ditenggelami air kerana rumah sewa saya terletak di belakang sungai," katanya.

Sementara itu, terdapat seramai 1,230 mangsa daripada 366 keluarga masih ditempatkan di PPS di empat daerah sehingga 12 tengah hari ini.

Ini berikutan PPS di Maahad Tarbiyah Derang di Pokok Sena sudah ditutup sepenuhnya hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, namun setakat ini jumlah PPS yang masih aktif adalah 12 PPS di empat daerah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.025305 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top