CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Bunuh Tupac Shakur Ditahan Selepas 27 Tahun

30-9-2023 03:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3344| Komen: 4

Los Angelas: Seorang lelaki didakwa di Las Vegas kerana disyaki membunuh penyanyi rap ternama Hollywood, Tupac Shakur, 27 tahun lalu.

Bintang hip-hop itu, yang dianggap sebagai salah seorang penyanyi rap paling berpengaruh sepanjang zaman – ditembak mati di bandar Nevada pada September 1996.



Lapor portal SkyNews, bagaimanapun, penembaknya tidak pernah dikenal pasti, dan kes itu mengecewakan pasukan penyiasat dan menarik perhatian orang ramai untuk mengetahuinya.

Pada Jumaat, Juri Besar Nevada mendakwa Duane ‘Keffe D’ Davis berusia 60 tahun atas tuduhan membunuh menggunakan senjata api.

Difahamkan, Davis ditahan pada pagi Jumaat di Henderson, sebelum didakwa di mahkamah.

Sheriff Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Kevin McMahill, berkata keluarga Tupac menunggu 27 tahun untuk mendapatkan keadilan.

Davis ialah bapa saudara kepada Orlando Anderson, salah seorang pesaing Tupac, yang sudah lama disyaki pihak berkuasa terbabit dalam kematian penyanyi rap itu.


Anderson terbabit dalam pergaduhan kasino yang membabitkan Tupac dan rakan-rakannya pada malam kematian bintang itu.

Bagaimanapun, Anderson menafikan terbabit dalam pembunuhan penyanyi rap berkenaan, dan lelaki itu meninggal dunia dua tahun kemudian dalam satu kejadian tembakan.

Leftenan Jason Johansson, dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, menggelar Davis sebagai ‘ketua dan penembak ‘ kumpulan itu.

Beliau berkata, Davis merancang serangan itu sebagai ‘pembalasan’ atas insiden awal di kasino yang membabitkan Anderson.

“Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa insiden inilah yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Tupac Shakur,” katanya.

Tupac, yang ditembak beberapa kali, meninggal dunia pada 12 September ketika berusia 25 tahun.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-10-2023 01:10 PM
Mending ni pon pernah dengar cerita, konon Lepas dia meninggal, org nampak dia Jalan2 kat mana tah.. Tak tau lah doppelganger ke apa ke
Quote limesherbet 2-10-2023 01:19 PM
Kita semua dah tua baru kene tangkap
Quote ultra78 2-10-2023 01:25 PM
Tupac bergaduh dengan notorious big. Kesudahannya keduanya kena bunuh.
Quote she 2-10-2023 01:54 PM
Dah lama dah mamat ni jadi OKS
Tapi dop tahu ler nape tak tangkap dari dulu

Sabau tengah tunggu Netflix All Eyes On Me keluar

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054064 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top