Pengikut Instagram Eyka Farhana meluahkan rasa teruja apabila pelakon itu memuat naik swafoto bersama model Hailey Bieber ketika berada di Paris baru-baru ini. Bagaimanapun dalam keterujaan itu, rata-rata memuji kecantikan Eyka, 28, yang dilihat lebih jelita berbanding isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber itu.
Ramai menyifatkan pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi itu mempunyai wajah cantik semula jadi dengan solekan tipis yang menyerlahkan lagi kejelitaannya. Berbanding Hailey yang mengenakan solekan tebal tetap tidak mampu melawan kecantikan dimiliki aktres itu. "Macam mana ni, Eyka lagi lawa daripada Hailey. "Masalahnya Eyka lagi lawa... Saya tak mahu Hailey atau Selena tapi Eyka!," komen pengikutnya.
|
newyork replied at 1-10-2023 12:04 AM
Bukan dia ni dgn player jdt tu ka..
imanjannah replied at 1-10-2023 08:37 AM
umur si Hailey tu brapa
ADVERTISEMENT