CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Pak Mandor Menang Anugerah Nasi Lemak Terbaik

30-9-2023 11:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4791| Komen: 10

Singapura: Kedai Nasi Lemak Pak Mandor di Yishun, Singapura dinobatkan oleh stesen radio tempatan, Class 95 sebagai pemenang anugerah nasi lemak terbaik selepas menerima undian pendengar stesen tersebut, lapor portal berita MSNews hari ini. 


Pak Mandor Nasi Lemak yang dikendalikan oleh seorang ibu dan dua anak perempuannya, merupakan penerima anugerah yang membanggakan itu berkat makanan yang lazat dan harga berpatutan.


Kedai mereka itu begitu popular sehinggakan makanan itu sering dilaporkan habis menjelang tengah hari (waktu tempatan) selepas dibuka pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) setiap hari. 

Penyampai Class 95, Yasminne Cheng yang mengunjungi kedai tersebut dan mencuba sepinggan nasi lemak dengan timbunan sambal memuji setiap komponen hidangannya.

Seorang blogger makanan, Tam Chiak menyifatkan hidangan di kedai tersebut sebagai sederhana dan tidak syak lagi nasi lemak terbaik di Yishun. 


Selain itu, penulis menunjukkan kepelbagaian makanan yang anda boleh dapatkan pada harga cuma SG$3 (RM10.34). – AGENSI


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 30-9-2023 11:29 AM
Taking the first flight out tomorrow morning.....to try....

Ko hader?

Kahkahkahkahkah
Quote whimsicalmusic 30-9-2023 12:17 PM
bukan ke nasi lemak mmg selalu habis by noon? kalo yg betul sedap n viral selalu dua tiga jam da habis
Quote mojarean_X 30-9-2023 12:20 PM
Mmm...mcm x sedap je
Quote kakikuDibibirmu 30-9-2023 12:33 PM
Akak tak suka nasik yang warna biru-biru tu sebab diorang taruk nila
Quote Nadiabella 30-9-2023 10:47 PM
Edited by Nadiabella at 30-9-2023 10:48 PM
mojarean_X: Mmm...mcm x sedap je


Ya..betul.....biasa2 ajer....tak wow mana....ada lagi gerai lain kat sg yg lagi sedap. Terus terang cakap yg kat mesia, bertiang2 lagi sedap. Selalunya line panjang dari kaum lain bukan dari kaum melayu. Penjual macam dari indo. Review jujur.
Quote pengecatbintang 1-10-2023 09:54 PM
ayam dia garing
Quote sangbara2020 2-10-2023 02:58 PM
iolls ske sambalnya ada hirisan bwg n ikan bilis...
ns lemak rs santan sikit2...tu bru wow...
Quote alesandra 2-10-2023 05:15 PM
Kalo cina suka aku speku  sambalnya manis.nexxxt.....
Quote B40tastePosh 7-9-2024 04:55 AM
Warna nasi dia memang authentic nasi lemak...tak macam kaler Nasi Lemak Jawa Savak Bernam, tak authentic langsung....Cina lagi pandai buat nasi lemak berbanding Jawa Sabak Bernam.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.085218 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top