Bintulu: Seorang murid Tahun 5 sekolah rendah di sini maut selepas ditimpa palang gol ketika menjalankan aktiviti kokurikulum awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit, berkata dalam kejadian jam 7.25 pagi, pelajar lelaki berkenaan cedera parah di kepala akibat ditimpa besi palang gol berkenaan.
"Mangsa dihantar ke Hospital Bintulu dan diberikan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan," katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau turut mengingatkan orang awam agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar berhubung kes ini. Individu atau saksi kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ahmad Amir Youb Bahari di talian 013-5653756 untuk membantu siasatan. Sumber: BH Online |
ADVERTISEMENT