Dungun: "Saya ingat dia bergurau rupanya dia benar-benar lakukan perkara itu," kata Abdul Hamid Mohd, 66, yang kehilangan rumah selepas didakwa dibakar anak lelakinya, hari ini. Dalam kejadian 2.30 petang itu, kediaman Abdul Hamid di Kampung Besul Baru, Bukit Besi musnah, selain kereta dan sebuah motosikal.
Menurutnya, dia dan isterinya terpaksa berpindah ke rumah anak perempuan yang berjarak tiga kilometer dari kediaman itu kerana bimbangkan keselamatan diri disebabkan anak lelaki sering bertindak ganas. "Jadi kami biarkan anak lelaki tinggal sendirian di situ. Selepas solat Jumaat tadi, saya cadang singgah untuk tengok keadaan dia dan rumah. "Dalam perjalanan itu, saya singgah di kedai untuk beli minuman dan tiba-tiba anak lelaki muncul di kedai itu, dia minta wang sebelum saya beri RM10.
"Sebaik menerima wang itu, dia kata dia sudah bakar rumah. Saya tanya dia, kenapa bakar rumah, dia diam tidak cakap apa-apa," katanya. Abdul Hamid berkata, dia segera ke rumahnya dan tidak menyangka apa yang dikatakan anaknya benar-benar berlaku dan api sedang marak ketika itu. "Saya tidak mampu nak buat apa-apa kerana api besar dan hanya mampu berdoa, berserah kepada Tuhan," katanya. Difahamkan, suspek yang berusia 40 tahun itu sudah ditahan polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Penolong Penguasa Bomba Shariffuddin Ali berkata, sepasukan enam anggota dan jentera ke lokasi untuk memadam kebakaran. "Api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 4 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Belibis replied at 29-9-2023 08:31 PM
Penangan kuda la tu.
ipes2 replied at 29-9-2023 09:04 PM
no doubt ini kes dadah
u rasa tak selamat tinggal dgn anak you, dan u biarkan.. nasib baik org lain ...
krustykrab replied at 29-9-2023 09:28 PM
Kan. Lps tu siap pi tumpang rmh anak lain. Kot budak tu pi penaya org lain tak ke haru. Parents yg ...
ADVERTISEMENT