CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Jelajah Lihat artikel

Nyum! 4 Restoran Berasaskan Tumbuhan Di Korea, Khas Untuk Vegetarian

29-9-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9582| Komen: 6

Anda seorang vegetarian dan ada ada perancangan nak bercuti ke Korea selatan?

Jom check it out di mana kedai yang menjual makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang boleh anda cuba di sana!


Vegan Kitchen

Foto: Silly Little Kiwi

Vegan Kitchen merupakan sebuah restoran vegan dan mempunyai sijil halal Korea yang disahkan dan ada bayak sangat menu yang boileh dipilih. Anda boleh cuba burger 'daging' di mana 'daging' itu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Kedai ini terletak di 21 Toegye-ro 20-gil Jung-gu, Seoul.

Plant Cafe & Kitchen

Foto: Silly Little Kiwi



Menu yang ditawarkan termasuk salad, sandwic, burger sayuran dan makan malam seperti pasta. Selain itu, ada juga hidangan air kombucha, smoothie dan jus daripada buahan segar yang sejuk.

Dapur hanya  beroperasi setakat jam 9 malam, jadi kalau nak makan malam kena datang awal. Selain itu, restoran ini juga menerima tempahan tetapi, bukan pada hari yang sama jadi korang perlu pesan sekurangnya sehari sebelum. Plant Cafe & Kitchen dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu.

Oh Se Gae Hyang

Foto: Silly Little Kiwi

Restoran vegan Seoul ini dimiliki oleh syarikat makanan vegetarian terkenal Korea dan kebanyakan menu di sisnidiinspirasikan dari Korea dan Cina dengan beberapa hidangan pasta dan salad. Restoran ini melampirkan menu bersama bahan yang digunakan dan ianya disahkan halal.

Saffron Restaurant

Foto: Silly Little Kiwi


Saffron Restaurant menyajikan makanan halal dari Arab dan timur tengah di mana lokasinya sangat mudah dicari kerana ia sekitar 15 minit berjalan kaki pusat bandar Myeongdong.

Pelbagai jenis masakan dihidangkan di sini termasuk makanan berasaskan tumbuhan. Jangan risau kalau  datang secara berkumpulan dan ada kawan yang tidak makan daging haiwan. 

Pekerja di sini juga sangat ramah dan boleh berbahasa Arab menyerikan lagi suasana di restoran ini.-CARI

Sumber: Kimchi Daily

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 29-9-2023 04:11 PM
uhhhhh xsedap
Quote zuriey 29-9-2023 09:37 PM
Kita manusia bkn kambing lah
Quote haprak4042 30-9-2023 07:36 PM
dah pernah rase makanan berasaskan tumbuhan nih...haih...tetaplaaa aku nak makan ayam jugakk..makan sayur ja lama2 jadi kambing woiii...

bibimbap tu pon keme campur daging or ayam baru ade ummph,kalau tak..hmmmmm jela rase nye

Quote Tinot7 2-10-2023 11:55 AM
Mana alamat2 utk kedai #2, 3 &4?
Quote moolanji 16-8-2024 02:19 PM
tq for sharing..
Quote menciptahuuut13 21-8-2024 06:32 PM
Sedapnya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.129442 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top