CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Jadi Kudis Pun, Biar Dia Meroyan. Cemburu Tu," Patimah Tetap Pertahan Puteri Sarah

29-9-2023 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11038| Komen: 18

Isteri Datuk Yusof Haslam tampil mempertahankan bekas menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana susulan ada pihak kurang senang dengan tindak tanduk aktres itu sejak bercerai.

Katanya Puteri Sarah tidak pernah menjadi penyebab kekacauan di dalam keluarganya malah meminta pelakon itu tidak melayan komen negatif dilemparkan terhadapnya.


Foto: IG

"Tak jadi kudis pun, biar dia meroyan. Cemburu tu," katanya di Instagram berserta gambar Puteri Sarah.

Difahamkan, Patimah mengeluarkan kenyataan itu susulan ada segelintir pihak kurang senang melihat hubungan akrabnya dengan Yusof selepas muncul dalam program Sepahtu Reunion Live baru-baru ini.



Malah Puteri Sarah menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini mendapat komen daripada netizen yang meminta dia menjauhkan diri daripada bapa mentuanya itu kerana bersimpati dengan isteri Syamsul, Ira Kazar.

"Kau sepatutnya jauhkan diri dengan bekas bapa mentua, kesian dekat pihak sebelah," tulis individu itu di ruangan komen.

Di uangan komen, rata-rata pengikut Instagram tumpang gembira apabila Patimah sentiasa dipihak Puteri Sarah.


Mereka juga beranggapan Puteri Sarah seorang menantu yang baik sehingga disayangi ibu bapa mentuanya.

"The best mentua ever! Semoga hubungan baik Datin dan Sarah sampai bila-bila. Kasi ajar sikit pihak sana.

"Mesti Puteri Sarah seorang menantu yang hebat, sebab itu mentua selalu baik dan sokong dia.



"Bertambah murung pihak sana, cemburu betul dia orang dengan menantu datin yang sorang ini," antara komen netizen.

Untuk rekod, Puteri Sarah bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan sejak 8 Mac 2014 itu, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 29-9-2023 03:01 PM
Habis laa ko iraa.. pi bomoh siam pun bolum tontu jalan hahahaha..
Quote miss_strangers 29-9-2023 03:44 PM
cepat2la bunting bighah..mana tau sejuk hati tintimah dapat cucu persis muka kazar ( kalau boy) atau yasmin melorr ( kl girl)
Quote honeystar_11 29-9-2023 03:47 PM
Kenapa tak sambung je kat thread sedia ada
Quote adra5028 29-9-2023 04:26 PM
mana ada bekas2 menantu dengan mertua..still menantu dan mertua sampai mati walaupun da cerai..
Quote Buritan 29-9-2023 06:19 PM
miss_strangers: cepat2la bunting bighah..mana  ...


Lagi lee... so far cucu semua putih lepak ujung ujung cucu warna cekelat..
Quote delia3003 30-9-2023 01:56 AM
"......Kesian dekat pihak sebelah sana"

Nak kesian apa dekat penyondol. Masa dia membighah dengan laki orang, ada dia kesian dekat isteri dan anak2 laki bighah tu
Quote sharlenetexas 30-9-2023 02:01 AM
Gambar atas bila tersengih nmpk mcm ik.

Quote Natrisyia 30-9-2023 01:42 PM
IK2 dh lepas dia, keturunan pula buat hal …. Tak penat ke IK hidup dalam buangan mentua …. Kalau aku dah mengalah dah dr awal. Biarlah tak dapat yang kaya dari harga diri ini dicerca seluruh keturunan. Husnuzon je ni mungkin IK buat solt hajag hari2 ????
Quote love_warrior 30-9-2023 02:31 PM
miss_strangers replied at 29-9-2023 07:44 AM
cepat2la bunting bighah..mana tau sejuk hati tintimah dapat cucu persis muka kazar ( kalau boy) atau ...

dekat ig PS pic Sumayyah, tin komen atok usop ada darah afghan... bayangkan afghan+degawan=rupawan hasilnya
Quote Tunakimchi 30-9-2023 04:19 PM
Birah see your level? Tapak kaki je.
Quote noor2 30-9-2023 06:37 PM
Hati ni milk tuhan....sekali tuhan balikkan hati dari benci sgt2 jadi suka...jgn tunjuk sgt rasa benci masing2...
Quote ashilalat 30-9-2023 07:06 PM
noor2 replied at 30-9-2023 06:37 PM
Hati ni milk tuhan....sekali tuhan balikkan hati dari benci sgt2 jadi suka...jgn tunjuk sgt rasa ben ...

Ya kaka..aku tunggu sangat saat tu terjadi. Beriya membenci menantu, ujung² kalo bercucu dgn menantu yg itu, tuhan buka pintu hati, malu sendiri pulak selama ni mencerca.
Quote Mata.kucing 30-9-2023 07:10 PM
tamalu sluruh kerabat kahak..hidupla dlm kekejian
Quote noor2 30-9-2023 07:22 PM
ashilalat replied at 30-9-2023 07:06 PM
Ya kaka..aku tunggu sangat saat tu terjadi. Beriya membenci menantu, ujung² kalo bercucu dgn mena ...

Kannn...sama apa yg kita fikir Ashi...dah hujung usia pun penuh kebencian dan dendam..dia lupa apa yg ada pada manusia termasuk nyawa kita ni semua milik tuhan...tangan, badan, kaki, hati ...bila2 tuhan boleh ambil atau tukar hati tu
Quote missHaidiD 30-9-2023 08:24 PM
Sapa je akn suka kalau belum.kawrn da htr gmbr tak senonoh kt mak mertua. Siap ada video xx lg.
Quote miss_strangers 30-9-2023 08:43 PM
Patut fabighah / kazar ke rendahkan ego, buat permohonan maaf secara terbuka . Ikut contoh cm yahoda n peah. Ini lagi dia provoke ex madu..Mana mertua xhangin. Cuba kelakuan tu elok sikit.
Quote Alvida 30-9-2023 09:11 PM
Edited by Alvida at 30-9-2023 09:13 PM

[quote]noor2 replied at 30-9-2023 07:22 PM
Kannn...sama apa yg kita fikir Ashi...dah hujung usia pun penuh kebencian dan dendam..dia lupa apa ...[/q ntah2 kau mati dulu dr tin timah tertunggu la sgt birah diterima
Quote lyza2474 30-9-2023 10:31 PM
Patutnya senyap sudah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052844 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top