Sebelum ini Zarina Zainuddin memaklumkan anaknya Azal sedang berkenalan dengan seorang wanita yang berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah. Di Instagram, Zarina bertanyakan kepada Azal tak romantik terhadap Rahmah.
“Azal, kenapa awak tak romantik dengan Rahmah?" Jawab Azal, “Sebab belum kahwin, berdosa la..Kita belum berkahwin. Dah kahwin baru boleh."
Sempat diusik mengenai bilakah akan mendirikan rumah tangga, Azal turut menyatakan bahawa dia bakal berkahwin pada tahun hadapan. Perkongsian Zarina di media sosial turut membuatkan ramai tersentuh dengan jawapan yang diberikan oleh Azal, malah ramai yang menitipkan doa buat anak lelaki pelakon ini yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) Autisme.
“Allahuakbar..Pandainya Azal. Jaga diri baik-baik Azal.” “MasyaAllah Azal nak kahwin dah ye" “Bagusnya Azal, faham agama.”
“Ibu jangan suruh Azal berdosa tau..Anak syurga tu. Padu jawapan Azal. Siapa belum kahwin kena contohi Azal.” “Suka sangat tengok Azal bercakap.” “Pandai Azal , smoga mendapat jodoh yang baik & boleh bahagia Kan Azal dunia akhirat , Aamin yrb Alamin”
“Masyaallah, hebat lah Azal nih. Dia tau bagaimana cara menghargai seorg wanita, pandai lah Azal.” “MasyaAllah.. Ini yang dikatakan anak sholeh.” -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|