CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dilema Nak Kahwin- Gaji Bakal Suami Cuma RM2,500, Hujung Bulan Je Pinjam Duit

29-9-2023 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15410| Komen: 150

Seorang wanita tak senang dengan masalah kewangan yang dihadapi tunangnya.

Katanya, encik tunang kerap meminjam wang daripadanya untuk membeli barang keperluan peribadi.

Gambar Hiasan


"Saya bakal berkahwin pada Februari tahun depan. Dah booking bridal semua... barang hantaran pun dah beli.

"Cumanya tunang saya ni... sebelum kahwin duit dia asyik tak cukup je. Sebulan gaji RM2,500 dia kumpul duit hantaran untuk saya, kiranya dah cukup RM10,000 dah.

"Akhir bulan je apabila nak beli barang, dia nak pinjam duit. Tapi dia memang ada pulangkan pun hutang dia dekat saya," katanya.

Loading FB Post...


Keadaan itu juga membuatkan dia bimbang dengan kemampuan bakal suaminya untuk menampung kehidupan mereka kelak.

Malah, wanita itu tidak bersetuju dengan cadangan pasangannya agar mereka tinggal bersama keluarga untuk sementara waktu hingga keadaan kewangan kembali stabil selepas majlis perkahwinan.

"Orang kata kena percaya rezeki selepas kahwin tu sentiasa ada dan luas.

"Sekarang ni apabila tanya dia fasal rumah sewa, dia cakap mula-mula kahwin ni duduk dulu rumah keluarga. Nanti baru cari rumah sewa.

"Sekarang ni duit kami banyak habis dekat majlis kahwin. Kami memang susah senang sama-sama sejak dulu sampai sekarang. Saya banyak tolong tunang kalau dia kesusahan," ujarnya lagi.

Namun kini menerusi hantaran di grup Facebook Tip Persiapan Perkahwinan, wanita itu mengakui mula berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan wanita ini yang enggan mengeluarkan duit untuk majlis mereka dan mengharapkan pasangan secara keseluruhannya.

"Lelaki tu lebih baik dapat perempuan yang matang dan baik berbanding awak.

"Kasihan dekat tunang awak dapat pasangan yang macam ni. Awak tak boleh bertolak ansur ke? Awak ingat dia kumpul RM10,000 tu sikit punya duit ke?

"Bagus pasangan awak ni, dia kumpul duit untuk hantaran sehinggakan dia sendiri tidak cukup duit," komen netizen pada hantaran dibuat. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 29-9-2023 03:32 PM
terima la seadanya, tak ko expect dia nak bagi iphone 15 pro max 1TB
Quote KirazMevsimi 29-9-2023 03:33 PM
habis duit sang lelaki disesahnya

dia cakap, sang lelaki pinjam duit, tapi dia tetap bayar duit yang dia pinjam
Quote IvyGorgon 29-9-2023 04:11 PM
KirazMevsimi replied at 29-9-2023 03:33 PM
habis duit sang lelaki disesahnya

dia cakap, sang lelaki pinjam duit, tapi dia tetap bayar duit ya ...

Kalau dah kahwin nanti, for sure kalau bergaduh, semuanya diungkit.
Quote kucingitam 29-9-2023 04:15 PM
moga lelaki tu berjodohan dgn org lain yang lebih bijak dan memahami...
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 04:15 PM
Kalau bakal isteri gemok macam badak air, kena cepat-cepat angkat kaki sebelum parah menjadi barah
Quote ezacbee 29-9-2023 04:24 PM
Kalau dah was2 xpayah kawen. Tapi duit hantaran tu amik balik tau.. boleh cari calon lain.

Quote prettyuglybabe 29-9-2023 04:52 PM
gaji rm2500 tu besar mana je..
nak kumpul duit kawin bayar itu ini memang tak cukup la..
kalau rasa tak yakin, tangguh je la dulu nak kawin..
Quote jas7512 29-9-2023 05:28 PM
Buatlah istikharah dik...biar Tuhan lorongkam ke jln yg btl....
Quote mawardia 29-9-2023 05:39 PM
Ada jantan lain yg lebih have2 muncul barangkali.
Tu yg hati berbelah bahagi.
Quote nazzse 29-9-2023 06:28 PM
RED FLAG

Quote _blackbird 29-9-2023 06:30 PM
My advice, kalau ada second thought and u cant see your future with him/her or both of you could be, tak payah kahwin. Nnt pas kahwin pasti menyesal
Quote pisanggoreng 29-9-2023 06:35 PM
maluin-maluin... tu baru dugaan masa bertunang
Quote gekkou 29-9-2023 06:55 PM
dah tahu dia tak mampu
kau minta hantaran sampai 10k
tu belum nk berhabis belanja utk kenduri
barang2 hantaran ko mintak bukan murah
busuk2 nk handbag, perfume, telekung, kasut bagai
dengan nk andam2 pelamin sewa baju semua

lepas tu complain
belum kahwin dah rasa tak mampu nk hadap susah sama2
dah ada jawapan pun

Quote CardiGans85 29-9-2023 09:05 PM
Gaji budak perempuan ni berapa pula dan apa yg dia boleh sumbangkan pada perkahwinan Dorang nanti?
Quote kalchi 29-9-2023 09:07 PM
Tak paham pmpuan ni. Kejap mcm komplen, kejap mcm puji.
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 09:38 PM
kalchi replied at 29-9-2023 09:07 PM
Tak paham pmpuan ni. Kejap mcm komplen, kejap mcm puji.

Orang perempuan yang tengah mood swing memang macam itu, kita diam-diam jah lah
Quote mojarean_X 29-9-2023 09:42 PM
Chuols tu kalo reject laki tu fikir akan dpt yg lg baik ke? Kalo yakin teruskan lah jika tidak cer solat istikharah
Quote blue_blur 29-9-2023 09:45 PM
"Orang kata kena percaya rezeki selepas kahwin tu sentiasa ada dan luas.


bukan lepas kahwin, bangun tido matahari pacak kat kepala, malas tu malas ni, rezeki bergolek2 datang bergolek2 ke pintu bilik tido..

dia cerita tak lengkap untuk melanjutkan cercaan..

apa2 pun, jangan was2 bagi pihak dia, sebab tak boleh kawal, tapi tanya diri sendiri, was2 ke diri sendiri, mampu ke kau melayan karenah serba tak cukup setiap bulan tu? kalau tak mampu, angkat kaki.
Quote Cyempaka 29-9-2023 09:46 PM
Dah tau tunang kau gaji rm2500, kau tekan dia hantaran smp 10k.. kesian la kawan tu sampai pokai

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.256214 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top