CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usop Tak Kisah Pelakon Senior 'Buat Muka', Tak Luntur Semangat Terus Berlakon

29-9-2023 02:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6402| Komen: 1

Penyanyi yang juga kini berjinak-jinak dalam dunia lakonan, Usop mendedahkan pernah berhadapan dengan reaksi seorang pelakon senior yang dilihat seolah-olah tidak senang dengan kehadirannya di lokasi penggambaran. 


Pemilik nama sebenar, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 25, berkata, ia mungkin disebabkan dirinya yang masih mentah menyebabkan ada individu yang tidak sudi bekerjasama dengannya, namun apa yang dilakukan hanya untuk mencari rezeki.


"Semasa saya berlakon drama, ada seorang pelakon ini macam 'kerek' (berlagak) sikit. Ketika itu, saya baru selesai program realiti, Big Stage dan terus dapat tawaran berlakon, jadi saya masih baru dalam bidang ini.

"Pelakon ini sudah bertaraf senior, tetapi caranya agak berlagak, tetapi saya tiada masalah. Saya masuk dalam bidang lakonan pun untuk mencari rezeki.

"Ada masa bila kami saling berhadapan, pelakon ini akan 'buat muka', seolah-olah tak suka dengan kehadiran saya. Sekali itu sahaja kami pernah bekerja sekali," katanya kepada BH Online.


Bagaimanapun, naib juara program realiti, Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 itu berkata, masih ramai yang sudi memberikan tunjuk ajar sepanjang membawa diri menjadi pelakon.

"Saya tetap berterima kasih kepada pelakon lain kerana ada yang masih sudi memberikan tunjuk ajar merangkumi cara berlakon, melontarkan dialog dan sebagainya.

"Kalau macam itu saya suka, janganlah berlagak walaupun dengan pendatang baharu. Kita ini sesama manusia, mati nanti akan tanam juga," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah.

Usop berkata, perkara itu sama sekali tidak melunturkan semangatnya, malah menganggap sekiranya masih diberi peluang, dirinya akan teruskan.

"Saya tidaklah ada rasa trauma untuk terus membawa diri dalam bidang ini sebab saya diajar sejak menyertai program Mentor Milenia lagi.

"Ketika itu macam-macam sudah saya lalui untuk menjadi individu yang terus kuat sampailah ke tahap ini. Saya sudah belajar banyak perkara dan jumpa dengan ramai orang.

"Kalau soal rezeki ini saya akan ambil sahaja, tetapi buat masa ini, tumpuan lebih kepada menyanyi. Kalau ada lagi saya terima," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 29-9-2023 05:07 PM
byk plak berita pasal usop xkisah
usop xhingin kolaborasi
usop itu ini...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.138763 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top