CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Hormatilah Saya Sebagai Orang Tua' - Jaafar Onn

29-9-2023 02:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8938| Komen: 23

"Saya dah tarik diri, malas nak campur lagi. Permainan mereka macam orang bodoh!,"

Demikian kata artis serba boleh, Jaafar Onn ketika diminta mengulas mengenai pengundurannya sebagai duta kepada jenama makanan yang tular baru-baru ini. 


Jaafar atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang, 72, berkata, dia tidak mengetahui apa keputusan lanjut syarikat terbabit pada masa ini. 


"Dia ada masalah dengan francais. Jadi saya ambil keputusan diam diri sahaja. Dia lantik saya sebagai duta sahaja buat konten. Sebelum ini bayaran okey. 

"Tapi bila barang dah mahal mereka beri macam-macam alasan. Saya cakap saya ini orang tua dan malas nak banyak cerita. Saya minta dia buat apa yang terbaik sahaja. 

"Saya undur diri lebih baik dari nak terus bertekak. Dia kata saya tak buat konten, saya jawab terpulanglah pada mereka untuk buat apapun," katanya kepada Harian Metro. 


Jaafar berkata, kerjasama mereka bermula sejak Mei tahun lalu apabila pihak terbabit menghubunginya menerusi Instagram dan menawarkan peluang ini. 

"Sejak itu saya rancak mempromosikan jenama mereka. Dia ada buka francais tapi saya pun tak tahu sama ada ia masih wujud. 

"Hubungan kami putus sejak saya keluar hospital pada Mac lalu. Mereka langsung tak melawat saya. Takkanlah mereka langsung tiada perasaan. 

"Kalau saya ini setua ibubapa dia, hormatilah bukan buat begini," katanya. 

Bercerita lanjut, Jaafar berkata, dia tidak kisah dengan apa yang berlaku tetapi akan lebih berhati-hati selepas ini. 

"Rezeki ada dimana-mana. Allah sahaja yang mengetahui. Kadangkala kita dah berhati-hati pun, manusia sekarang pembelit (penipu). 

"Susah nak percaya. Biar Allah yang atur rezeki," katanya yang masih aktif anjurkan program memasak sambil menghibur di kompleks membeli-belah seluruh negara.

Terdahulu netizen yang bersimpati dengan nasib Jaafar dilihat menyerang ke akaun TikTok jenama itu meminta agar melunaskan bayaran terhadapnya. 

Akaun TikTok jenama terbabit akhirnya berhenti memuat naik konten menggunakan wajah Jaafar sejak awal September lalu.


Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 29-9-2023 02:17 PM
Good job, netizen.
Quote KirazMevsimi 29-9-2023 02:19 PM
sedih pulak baca. nape aniaya bang jakper cenggitu. lunaskan bayaran yang sepatutnya. dia dah buat keja dia
Quote wannoorazlina 29-9-2023 02:20 PM
makanan apa ni?
Quote I.K.A888990 29-9-2023 02:39 PM
siapa buat atok mcm ni
Quote kechikchomel 29-9-2023 02:40 PM
iolss tak caya dia dah 72. tengok dia dari zaman cili padi lagi.
sekarang iolss terasa diriku ini dah kertuuuuu

Quote mamapea 29-9-2023 02:46 PM
tak makan tua lgsg jaafar onn ni...72 dah ye...aku ingat dlm 60 lbh...
Quote dekmieDandy 29-9-2023 03:05 PM

nasi kukus tonggek
Quote BoongaKertas 2-10-2023 08:21 AM

laa, mati2 iols ingat mmg uncle jaafar yg asaskan
Quote shida81 2-10-2023 08:24 AM
72?? Lebih tua dr mk bpk ak.. Ak igt dia lg muda...
Quote babelina 2-10-2023 09:17 AM
maintain jer dia.. moga sihat2 selalu..
ingtkn tu perniagaan dia.. rupanya duta saja.. tp xperla.. rezki lain insyaAllah dtg kemudian..
Quote AcikCleaner 2-10-2023 09:36 AM
Betul tu pakcik, takyah nk bertekak..rezeki ada dimana² janji rajin
Quote AbukRokok 2-10-2023 09:55 AM
jekfer bila dah tua
Quote edoraixora 2-10-2023 10:00 AM
Selama ni dok dengar je nasi kukus tonggek ni, sekali aritu cuba lah makan...ermmm nampaknya nkt is not my liking gitewww
Quote ezacbee 2-10-2023 10:33 AM
Xdelah sesedap mana.. dah nama pun tonggek.. masa mula2 bukak cawangan staff org melayu.. tibe2 bertukar bangla.. tanjat terasa international.. pastu tutup dah.

Quote sudirmanistas 2-10-2023 11:09 AM
edoraixora replied at 2-10-2023 10:00 AM
Selama ni dok dengar je nasi kukus tonggek ni, sekali aritu cuba lah makan...ermmm nampaknya nkt is  ...

Mula2 nak pakai gimik tarik nasi guna bekas besi mcm boleh x sekejap. Bila dah kurang hype, panggil Papa Jaafar Onn jadi ambassador okay la dapat reach crowd dari socmed. Tapi kalau nak harap rasa, mmg kureng plus harga mahal la kalau nak compare dgn nasi kukus dkt luar ni. Cumanya, maybe location dia dkt dalam mall, so mungkin antara yg murah sket la kot
Quote edoraixora 2-10-2023 01:02 PM
sudirmanistas replied at 2-10-2023 11:09 AM
Mula2 nak pakai gimik tarik nasi guna bekas besi mcm boleh x sekejap. Bila dah kurang hype, panggi ...

Betul2...nasik kukus gerai biasa lagik sedap. Murah pun murah, x smpai rm10.
NKT ni dah ler mehei, rasa soso je..tak rasa nk ulang beli.
Packaging pun mcam not user frenly gitew
Quote bynroslan 2-10-2023 02:00 PM
Dia kata saya tak buat konten


Seriouslah nak suruh orang berumur 72 tahun buat content? Kau ingat dia budak2 tiktok? Korang la buat content, pastu JO lakonkan. Takkan la umur gitu korang nak suruh dia buat content sendiri macam yg budak2 muda buat

Also NKT tu takde yg special pun, tak berpatutan rasa dengan harga so baiklah aku support akak2 niaga kat gerai yang jauh lagi sedap harga pun kena dengan poket aku huhu
Quote kookiechip 2-10-2023 02:29 PM
edoraixora replied at 2-10-2023 10:00 AM
Selama ni dok dengar je nasi kukus tonggek ni, sekali aritu cuba lah makan...ermmm nampaknya nkt is  ...

Samalah. Cukup beli sekali.
Tengok cara promote macam sedap.
Masa beli tu kuah dia rasa manis sangat.
End up tak makan kuah tu.
Quote noorazurams 2-10-2023 02:40 PM
Sabar ye uncle jekfer,,, tumpang simpati atas apa yg berlaku

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.045110 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top