Iqbal Zulkefli sebelum ini pernah berdepan dengan pembantu rumahnya, Indah yang didakwa mengamalkan perbuatan syirik serta sering bercakap dan ketawa bersendirian. Difahamkan kontrak kerjanya ditamatkan pada Oktober 2022.
Baru-baru ini Iqbal memuat naik video mengenai pembantu rumah baharunya dari Filipina yang dikenali sebagai Mina serta menjelaskan alasan dirinya tidak mengupah pembantu rumah tempatan. “Orang kita tidak boleh lasak seperti orang Indonesia, Filipina, Nepal, Bangla yang terbiasa hidup lebih susah. "Jika orang tempatan merajuk, terus balik kampung dan mengadu kepada keluarga," tulisnya.
Iqbal juga bersyukur pembantu rumahnya kini melakukan kerja dengan baik tanpa perlu diarah. “Namun, Mina tetap saya hargai. Pendapatannya setimpal dengan hasil kerjanya. Setiap hari saya tidak perlu beri arahan kerana saya sediakan jadual dan syukur setakat ini Mina lakukan dengan baik. "Saya tidak suka marah-marah. Selagi Mina lakukan yang terbaik , saya turut berusaha menjadi majikan yang baik."
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji sikap Iqbal yang menghargai pembantu rumah dengan membelikan pakaian dan alat solek, malah ramai yang mahu ‘apply’ sebagai pembantu rumahnya. “Saya nak jadi maid la En Iqbal. Mai la amik saya keje.” “Tak kisah la datang dari mana negara sekalipun pembantu asalkan ikhlas untuk bekerja dan yang paling penting jujur dan ikhlas dalam segala hal. Andai yang Muslim solatnya terjaga.
“Wah rezeki jadi maid Iqbal.” “Bos yang baik, dan dermawan. Semoga Allah merahmatinya selalu Tuan Iqbal.” “Untungnya dapat majikan yang baik hati..Salute.”
Syoknya ada majikan macam ni. Ada kerja kosong lagi tak?.” Untung Mina mendapat majikan yang baik, ada kerja kosong?? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|