CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Ramai Terkejut Matahari Bertukar Warna Biru

29-9-2023 01:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 201| Komen: 1

London: Peminat astronomi di Britain terkejut pagi semalam apabila mereka melihat matahari menjadi biru dengan gambar keganjilan itu membanjiri aplikasi X.

Portal berita Mailonline melaporkan, sebilangan netizen membincangkan fenomena ganjil tersebut dengan seorang daripada mereka berkata tidak pernah melihat kejadian seperti itu.



“Tidak pernah melihat matahari biru sebelum ini. Saya masih ingat matahari (berwarna) oren gelap dan merah apabila Ribut Ophelia 2017 mengubah haluan asap kebakaran hutan Portugal ke Britain. Mengapa warna biru kali ini?”

Seorang lagi netizen menulis di laman X: “Kita mempunyai matahari biru yang menakutkan hari ini (semalam) di Twickenham.”

Bagaimanapun, bercakap kepada MailOnline, Timbalan Ketua Kaji Cuaca Pejabat Meteorologi Britain, Dan Harris berkata: “Pengaruh angin Barat yang kuat terhadap cuaca Britain pada masa ini. Ia membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah.


“Udara ini mengandungi asap dari kebakaran hutan Kanada. Gabungan asap dan awan tinggi di atmosfera menyerakkan cahaya matahari serta mewujudkan anjakan warna yang luar biasa,” katanya.

Fenomena aneh itu bukan kali pertama berlaku.

Pada tahun 1950, matahari kelihatan biru di Ontario, Kanada berikutan ribut api Chinchaga iaitu salah satu kebakaran terbesar yang pernah direkodkan di Amerika Utara. – AGENSI


Sumber: Kosmo! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote chacon 29-9-2023 04:36 PM
ada pembakaran terbuka lagi di kanoha ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.037203 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top