CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Tebusan RM540,000, 9 Didakwa Culik Isteri Orang

29-9-2023 12:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6929| Komen: 9

George Town: Sembilan individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik wanita warga Indonesia yang juga isteri kontraktor awal bulan ini.


Tertuduh ialah Mohamad Noor Shahrizuan Hashin, Tan Gim Chun, C. Youganathan, Elaine Gooi Swee May, Lok Wai Lun, Haffizan Samsudin dan Noorazlin Mat Kasa. Turut didakwa dua warga Indonesia iaitu Yussuf Bahtiar Dan Agong Laksono.


Kesemua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, pagi tadi.


Kesemua mereka mengangguk faham bagi pertuduhan itu di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka yang berusia 29 hingga 41 tahun itu.


Mereka didakwa bersama-sama menculik mangsa berusia 36 tahun bagi menuntut wang tebusan RM540,000 di sebuah blok Pangsapuri Sri Aman, Paya Terubong di sini, pukul 7 pagi, 7 September lalu.


Mereka didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebatan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Darrshini, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Chiang Kan Hong.


Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin. Mereka dibawa ke Penjara Reman Pulau Pinang. Sebutan semula kes pada 11 Disember depan.


Baru-baru ini, Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita berdepan pengalaman ngeri ketika bercuti di negeri ini apabila menjadi mangsa culik selama 10 hari angkara hutang suaminya yang berjumlah RM540,000.


Selain dikurung, wanita tersebut turut diikat dengan rantai besi, didera termasuk dicucuh dengan puntung rokok dan dicucuk jarum selain disebat menggunakan paip getah.


Penderitaan mangsa bagaimanapun berakhir selepas dia berjaya diselamatkan polis dalam satu operasi khas Op Scorpion Rantai Penang di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, 17 September lalu. 



Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 29-9-2023 01:14 PM
Kontraktor tu kawin dgn minah indon ke cane...atau kontraktor tu kontraktor indon juga tapi x mungkjnlah...
Quote dua_chzy 29-9-2023 01:16 PM
Ni barulah penjahat majmuk 1 Malaysia gituh!
Quote bondeh 29-9-2023 01:21 PM
Penjahat pun tahu meraikan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum.
Quote me12345 29-9-2023 01:39 PM
Cuma nk tau nape tak mintak 550k ke, 600k..nape 540k..
Quote ninja boy 29-9-2023 03:59 PM
Kira 540k bahagi 9=60k sorang, kalau 600k satu kerja mau pecah duit 66,666.66 taw
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 04:03 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 29-9-2023 04:30 PM
me12345 replied at 29-9-2023 01:39 PM
Cuma nk tau nape tak mintak 550k ke, 600k..nape 540k..


Sebab 54 ialah gandaan sepunya terkecil 9
Quote susukambingbest 29-9-2023 04:27 PM
me12345 replied at 29-9-2023 01:39 PM
Cuma nk tau nape tak mintak 550k ke, 600k..nape 540k..

"Baru-baru ini, Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita berdepan pengalaman ngeri ketika bercuti di negeri ini apabila menjadi mangsa culik selama 10 hari angkara hutang suaminya yang berjumlah RM540,000".

#hrp mnjwab soalan
Quote susukambingbest 29-9-2023 04:32 PM
Dua2 slh. Kntrkator xnk byr hutng tp blh lak cuti2 mlysia. Maunya xgeram si pculik. Pnculik plk nk tntut duit sndiri tp mgkin da xde jln lain agknya. Last2 mkn diri. Mtlamat xmghalalkn cara gitu. Duit xdpt, msuk pnjara plk

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.042569 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top