Bangkok: Bekalan beras untuk makanan tengah hari pelajar dikebas pencuri membuatkan pihak pentadbiran sebuah sekolah di Nakhon Ratchasima, Thailand, bingung! Kecurian itu berlaku di Sekolah Baan Nong Wa En, Bua Yai, baru-baru ini.
Suspek dilaporkan menceroboh masuk bilik simpanan beras sekolah itu dan menyebabkan hampir separuh daripada stok beras berkenaan, hilang. Ia disedari oleh pembantu penjaga bangunan sekolah itu, Wanmanee Thongprom. Katanya, beras yang dicuri itu untuk kegunaan makan tengah hari pelajar sekolah itu dan ia sumbangan daripada ibu bapa. "Sebaik membuka bilik simpanan, saya terkejut apabila mendapati hampir separuh daripada 100 guni beras yang disimpan hilang. "Saya harap pihak polis dapat tangkap pelaku dengan segera dan bawa ke mahkamah untuk mengelakkan kesusahan dan jenayah sama berulang di tempat lain," katanya.
KhaoSod melaporkan, pemeriksaan di sekitar kawasan itu, menemukan kesan penjenayah. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah individu yang melakukan jenayah itu. Mereka dipercayai menggunakan pemotong untuk mengeluarkan siling zink tempat penyimpanan dan menyelinap masuk ke tempat simpanan beras itu. Kesan tapak kaki dilihat pada tembok sekolah, selain beras bertaburan dari guni yang mungkin koyak. Dua minggu lalu, insiden sama berlaku kepada seorang pemilik rumah di Isaan, Surin, yang mengalami kerugian akibat almari makanannya dilarikan pencuri. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ipes2 replied at 29-9-2023 08:28 PM
laaaaa..
saya sebenarnya belum jelas apa yg berlaku di malaysia:
adakah beras import lagi mahal
Samerosie replied at 30-9-2023 11:11 AM
Thread ni pasal beras kena curi di Thailand. Tapi pasal kisah beras kat Malaysia ni, i think uncle ...
dekmieDandy replied at 2-10-2023 10:05 AM
semalam beli beras, nampak banyak je stock beras ni
ke ada beras subsidi murah teruk yang aku tak t ...
ipes2 replied at 30-9-2023 07:51 PM
terima kasih, sy dgr the 1st 5 mins dan agak faham lah sedikit
dekmieDandy replied at 2-10-2023 10:05 AM
semalam beli beras, nampak banyak je stock beras ni
ke ada beras subsidi murah teruk yang aku tak t ...
mejaputih replied at 2-10-2023 10:09 AM
Iols pun tak faham..sbb iols gi pasaranay lotus tmpt iols berlanbak beras tenpatan siap ditenpatka ...
Samerosie replied at 2-10-2023 11:12 AM
Sama la kat lotus tempat iols pun ada je tu yg hairan. Mungkin kat area iols orang tak panic buyi ...
Samerosie replied at 2-10-2023 11:03 AM
Thank you for the points! Ya dengar2 kat east coast memang mostly also consume beras siam, but si ...
ADVERTISEMENT