CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Terkilan Tak Kesampaian Nak Bawa Ibu Bapa Tonton Konsert

29-9-2023 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6423| Komen: 1

Khai Bahar terkilan tak dapat membawa kedua ibu bapa menonton konsert pertamanya yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur disebabkan mereka tak begitu sihat.

Katanya sejak diberikan tawaran membuat konsert di DFP tahun lalu, dia sudah berhajat untuk membawa ibu bapanya menonton persembahan di pentas berprestij itu.


Foto: IG

"Mak tak boleh datang dengan keadaanya seperti itu (tidak sihat). Dari akhir tahun lalu lagi sewaktu mendapat tawaran buat persembahan di DFP, saya sudah teruja untuk bawa mak dan ayah menonton persembahan saya di sini (DFP).

"Ayah saya kesihatannya juga makin merosot, saya rasa terkilan sedikit kerana tidak dapat membawa mereka bersama ke sini," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Khai memberitahu dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama mahupun filem susulan kesihatan ibunya yang kurang baik ketika ini.




Pada September tahun lalu, ibu Khai iaitu Rosnah Muhammad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang .

Menurut Khai, doktor memaklumkan ibunya perlu menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu.

Bercakap mengenai konsert yang bakal dianjurkan, Khai menjanjikan kelainan dalam persembahannya kali ini dengan membawakan lagu pelbagai genre.



Tambah Khai, dia akan turut menyanyikan lagu-lagu saduran yang pernah dibawa dan paling menarik perhatian adalah penyanyi lagu Bayang ini juga bakal membawakan lagu irama dangdut.

"Kali ini saya akan membuat sedikit kelainan di mana pelbagai genre akan ditampilkan... termasuklah nyanyian lagu saya dan lagu-lagu cover yang pernah saya nyanyikan.



"Sebelum ini ramai peminat yang sudah melihat saya menyanyikan lagu cover di YouTube, jadi kali ini saya mahu bawakan di DFP... mereka memberi peluang untuk saya lakukan apa yang saya mahu.

"Paling menarik, saya akan menyanyikan lagu dangdut dan kita semua (penonton) akan menari bersama-sama di DFP nanti," ujarnya.


Konsert Solo Khai Bahar di Dewan Filharmonik Petronas bakal berlangsung pada 11 November ini dan tiket boleh didapati dengan harga bermula RM189 hingga RM399. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IvyGorgon 29-9-2023 04:12 PM
Ingat terkilan nak bawa pergi umrah/haji. Hmmmm

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049539 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top