Seorang warga emas di Woodlands, Singapura lebih rela tidur di koridor unit pangsapurinya dengan beralaskan kadbod gara-gara rumahnya dibiarkan penuh dengan barang-barang terbuang. Mothership melaporkan, wanita yang tinggal di blok pangsapuri 603 Woodlands Drive itu dikatakan bertindak demikian selama lebih 10 tahun lalu.
Jiran-jiran menyatakn, wanita tersebut tinggal bersendirian di pangsapuri itu dan sering diziarahi oleh saudara lelakinya. Meskipun berkali-kali ditegah daripada berbuat demikian, dia tetap meneruskan aktivitinya. Rumah wanita itu berada dalam keadaan bersepah sehinggakan pintu pagar besi tidak dapat ditutup. Menurut wanita berkenaan, dia mengumpul barang-barang itu dari tingkat bawah dan berhasrat untuk menjualnya. Ia termasuk pinggan mangkuk plastik, beg pakaian, kadbod, botol plastik dan buah-buahan.
Keadaan itu mengganggu jiran-jirannya yang berdepan pelbagai kesukaran termasuk menghalang laluan orang ramai serta menarik pelbagai haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Tidak dinyatakan sama ada pihak berkuasa ada mengambil sebarang tindakan terhadap warga emas tersebut. - CARI Sumber: mStar/ Mothership
|
salimrock replied at 29-9-2023 03:19 PM
Hoarding disorder is a mental health condition in which a person feels a strong need to save a large ...
malarky replied at 29-9-2023 04:30 PM
hoarding ni sebenarnya da je kat dalam diri kita cuma ketara atau tak je, cth kalau kita beli barang ...
malarky: hoarding ni sebenarnya da je k ...
salimrock replied at 29-9-2023 05:28 PM
ye aku dulu pn beli kasut cam sayang je nak buang
tp aku ada kawan lelaki lembut sorang , rumah d ...
malarky replied at 29-9-2023 04:30 PM
hoarding ni sebenarnya da je kat dalam diri kita cuma ketara atau tak je, cth kalau kita beli barang ...
malarky replied at 29-9-2023 08:30 AM
hoarding ni sebenarnya da je kat dalam diri kita cuma ketara atau tak je, cth kalau kita beli barang ...
ADVERTISEMENT