CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tolong Zikirkan Mama, Okey?" Kilafairy Letak Bunga Di Pasu, Hias Kubur Rohana Jalil

29-9-2023 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6699| Komen: 8

"Tolong zikirkan mama, okey?" mohon Kilafairy, 31, dalam satu video yang dimuat naiknya di TikTok. 

Rakamn tersebut menyaksikan Kila menziarahi pusara ibunya yang juga penyanyi Allahyarham Rohana Jalil.


Foto: IG

Dia membawa sejambak bunga, menghiasnya di dalam pasu sebelum meletakkannya di kubur ibunya.

Video tersebut dilatari dengan muzik dan kata-kata mengungkapkan rasa kehilangan setelah seseorang pergi dalam hidup.


“Ruang itu akan selalu jadi milik mama” tulis Kila pendek sebagai kapsyen.

Ramai yang menurunkan komen memuji Kila kerana menjaga pusara ibunya dengan cermat.


Antara komen"

“Inilah yang dikatakan bahawa harta yang bernilai ialah anak soleh. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman"

“Saya sangat faham rasa rindu itu kerana saya juga kehilangan emak” 

“Saya setiap minggu pergi kubur mak, mengadu dekat situ"


Untuk rekod, Allahyarham Rohana mengembuskan nafas terakhir pada 20 Jun lalu, jam 11:34 malam akibat kebocoran usus.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Antara lagu popularnya adalah Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 29-9-2023 01:10 PM
Zikirkan mama? Macam mana tu? Sebut 'mamamamamamamama' ke?

Ke maksud dia doakan mama?
Quote Manusiabesa 29-9-2023 01:23 PM
Just for our pengetahuan am, berbaloi ke klu kita hias ats kubir berlebihan, sedangkan roh mayat dh berpisah dri jasad so dia xperlukan pun landskap bunga2 bagai tu. Just cukup potong rumput bg kekal bersih. What say u about my opinion?
Quote mawardia 29-9-2023 01:30 PM
Manusiabesa replied at 29-9-2023 01:23 PM
Just for our pengetahuan am, berbaloi ke klu kita hias ats kubir berlebihan, sedangkan roh mayat dh  ...

I rasa ia lebih kpd waris yg masih hidup nak tengok tempat persemadian org yg mereka sayang cantik dan bersih. Sebab they ol tau kat dlm tanah tu ada jasad org yg mereka sayang.........  walaupun mungkin yg ada hanya rangka dia je.

Org tahu si mati dah meninggal, takkan kembali and takkan nampak pun apa yg kita buat kat dunia ni lagi.

Cuma tu lah, yg hidup ni hias cantik2 kuburnya sekadar mengubat luka dan rindu dihati ni je.

Pada pendapat I lah.
Quote Manusiabesa 29-9-2023 01:39 PM
mawardia replied at 29-9-2023 01:30 PM
I rasa ia lebih kpd waris yg masih hidup nak tengok tempat persemadian org yg mereka sayang cantik ...

Paham. Kiranya manfaat buat kita yg ada lgi ni jelah ye.
Quote kucingitam 29-9-2023 02:46 PM
rasanya kalau tanam pokok iyalah pokok akan berzikir kan, sebab pokok tu hidup.. bunga ni dah takde akar, kira dah mati la kan...
Quote mawardia 29-9-2023 05:13 PM
Manusiabesa replied at 29-9-2023 01:39 PM
Paham. Kiranya manfaat buat kita yg ada lgi ni jelah ye.

Thats how I feel la. Org lain tak pasti lak nok
Quote yipun_78 29-9-2023 06:35 PM
For me, like we did to our mom grave, just tanam pokok and let's the grave tumbuh atas pusara, tak pasang rumput pelesu sbb nak asli berakar biar subur. Klau panjang just tr sikit2 npk cantik jer. Letak bunga segar hari2 ni dgr takde dlm Islam....
Quote bambimbom 29-9-2023 07:33 PM
Aku pun tanam satu pokok rendek aje atas kubur arwah bapak aku, pastu biar je rumput tumbuh, kalau semak sgt kita trim cantik2, aku selalu tabur daun pandan aje..

Ot jap.. kila ni deco rumah dia cantik betul.. dia ID ke?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045420 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top