CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Pengantin Dikecam Hidang Mcdonald’s Je Di Kenduri Kahwin

29-9-2023 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7268| Komen: 27

Pasangan pengantin dari Paris menjadi perhatian ramai selepas menghidangkan hidangan McDonald’s kepada tetamu majlis perkahwinan mereka.

Thomas Billaudeau, 27, dan isterinya, Ophelie, 25, membuat kejutan dengan mengenepikan hidangan mahal yang kebiasaannya terdapat dalam majlis perkahwinan.


Foto: Ladbible

Dalam rakaman yang tular di Tiktok itu, mereka berucap di hadapan tetamu dan mengarahkan orang ramai melihat ke belakang dewan.

LadBible melaporkan, seorang penghantar makanan kemudian masuk membawa beg-beg kertas mengandungi hidangan makanan segera itu sambil disambut sorakan tetamu.

Thomas dan Ophelie menghidangkan 300 biji burger bersama hidangan gulung (wrap) dan nuget untuk tetamu mereka.

Hantaran itu tular dan menerima pelbagai komen dengan ada netizen mengecam mereka, namun sebilangan lagi mempertahankan perbuatan tersebut.


“Macam ni rupa majlis perkahwinan? Makan McDonald's je? Saya balik dulu.

“Akhirnya, orang boleh mengadakan majlis perkahwinan yang mereka mahukan tanpa perlu berhutang untuk menunjuk-nunjuk. Asalkan mereka bahagia,” kata netizen lain. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 29-9-2023 02:10 PM
Setuju yang komen kedua tu. Biarlah, maybe makanan kegemaran pengantin pun. Merayakan diorg, boleh pulak nak demand. Hutang bukannya tolong bayarkan pun kalau ambil katering.
Quote kechikchomel 29-9-2023 02:43 PM
ehhh...mekdi pun dah mahal la sekarang! kalau kat malaysia la.



ohhh...haritu ada lalu lalang kat fb iolss, catering mekdi rm5, ada burger apa ntah dgn air botol tutup putih tu
Quote talapia 29-9-2023 03:13 PM
sape nak mulakan trend camni kat Malaysia? haha.. sila2..
Wei.. McD pon mahal ok..  tapi lagi sedap la daripada dapat catering entah apa2... masak basic bancuh sirap pon fail.

tapi kena variety kan lagila option menu tu.. takkan pakcik2 jiran kampung makan burger.. tak kenyang nanti dorang.. org2 tua biasanya cari nasi jugak nk kenyang..
bole kot.. buat stall2 menu pelbagai... dari burger.. sampai ke nasi ayam penyet. takde caterer khas utk nasi minyak.
Quote prettyuglybabe 29-9-2023 03:34 PM
at least kau tau rasa mekdi tu macam mana..
takde la bayar beribu dapat makanan rasa entah apa-apa..
ujung-ujung kena kutuk jugak dengan kumpulan bawang makanan tak sedap..
Quote sepiITUindah 29-9-2023 03:46 PM
tak leh ler acik nak mintak tapau bawa balik
Quote SedihPedih 29-9-2023 03:46 PM
tetamu pun niatkan diri hadiri majlis utk raikan pengantin. makanan no 2.

Tapi..kalau kt malaysia, katakanlah ada stall McD, haruslah beratuq panjang juga kan? Esp kalau musim org kawen, selalunya kalau 2pm tu ada makanan selain nasi, yg dtg time tu dh tak nak makan nasi dah.
Quote alesandra 29-9-2023 04:07 PM
Aku onzz je hidang mekdi.lagi sodap kot
Quote kucingitam 29-9-2023 04:27 PM
kalau kat msa ni siap minta nak bawa balik agaknya
Quote honeybee1802 29-9-2023 04:31 PM
Mmmm...asyik ns minyak je kan...berlemak semua tu....boleh tak saper start with lighter menu....soto ke...bihun sup ke..
Quote Clan204 29-9-2023 04:31 PM
m&m spicy cheese burger + teh tarik = fuhhhhh
Quote jas7512 29-9-2023 04:51 PM
Yg bercinta tu awat x kahwin waktu covid...blh jimat belanja byk apa...buat upacara nikah ke..kenduri x pyh jemput sedara mara..yalah zmn skrg bebdk mana rapat sgt dgn sedara mara
Quote I.K.A888990 29-9-2023 06:02 PM
biorler majlis deme
awat kecoh nau
kau nk mcm2 kau buat mejelis sendiri je l
Quote pooh~key 29-9-2023 06:10 PM
honeybee1802 replied at 29-9-2023 04:31 PM
Mmmm...asyik ns minyak je kan...berlemak semua tu....boleh tak saper start with lighter menu....soto ...

Soto dan bihun tu dia kata lighter menu sisssss….
Quote _blackbird 29-9-2023 06:21 PM
Lain kali buat kat perlis nokkkk semua jemputan sembah ratu ko hidang mcd.
.
Quote CardiGans85 29-9-2023 09:10 PM
Spicy beef burger sedapnya....tolong la orang kawan buat McD jugakkk
Quote krustykrab 29-9-2023 09:30 PM
Ok la tu. At least dia bg jgk tetamu tu makan.
Quote any42 29-9-2023 11:01 PM
At least hidang jgk mkanan utk ttamu. xpyah nk ssah2 nk bsudu garfu bagai bprotokol smua. mkn smbil rileks2 tgk pengantin.
yg kecam tu ntah2 duit mjlis pun bhutang blum hbis byar ank dah 5
Quote Lampuled 29-9-2023 11:05 PM
Pernah terfikir gak nk buat gini tp kalau westerners pun dikecam kat sini lg lah..
Takde door gift pun jd issue.
Quote Yoonggi 30-9-2023 12:51 AM
Dulu2 aku ada terfikir nk buat camni - hidang fast food cam MacD, kepsi or pizza hut utk wedding aku.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.043338 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top