CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuarters Terbakar Gara-Gara Budak 4 Tahun Main Api Bakar Kotak Telur

29-9-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6341| Komen: 9

KOTA SAMARAHAN – Kuarters Desa Bina Diri di Jalan Dato Mohd Musa, terbakar gara-gara seorang kanak-kanak berusia empat tahun bermain api.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kanak-kanak terbabit dikatakan membakar kotak telur dan membawa api ke tempat terkumpulnya barang lusuh yang diletakkan di beranda kuarters berkenaan.


Katanya, susulan laporan mengenai kejadian yang diterima kira-kira pukul 4.27 petang itu, pihaknya segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi.

Gambar: Kosmo

“Setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan barang-barang lusuh di beranda kuarters terbabit sehingga menyebabkan dinding kuarters terkopak akibat kepanasan melampau.

“Bagaimanapun api berjaya dipadam oleh penghuni-penghuni kuarters menggunakan alat pemadam api dan air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan sama ada terdapat mangsa di dalam bangunan dan memastikan kebakaran padam sepenuhnya.

“Setelah menilai keadaan tempat kebakaran didapati masih ada bara-bara api di dalam bilik menempat kan kabel elektrik.

“Pasukan membuat pemadaman menggunakan salur bantu mula hingga api padam sepenuhnya,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 29-9-2023 04:06 PM
Anak sapa ni?
Mana parents dia?
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 04:35 PM
Anak kecil main api...

[youtube]fg9xhFwvlIQ[/youtube]
Quote ultra78 29-9-2023 04:39 PM

Lagi official MRSM..
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 04:45 PM
ultra78 replied at 29-9-2023 04:39 PM
Lagi official MRSM..

Mesti Ragging Sampai Mampos tersenyum sinis



Quote prettyuglybabe 29-9-2023 04:56 PM
orang beranak kau pun nak beranak..
Quote boo03 17-11-2024 05:12 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.041687 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top