CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Miskin Ke?" Cikgu Rakam Video Marah Anak Murid Sebab Tak Bawa Pembaris

29-9-2023 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5824| Komen: 5

BEIJING, China – Seorang guru sekolah rendah di China merakam video dia memarahi beberapa murid kerana tidak mempunyai pembaris segi tiga di dalam kelas.

South China Morning Post melaporkan, guru wanita yang bertugas di Sekolah Rendah Shenyang Dongzhan, wilayah Liaoning itu menghantar video tersebut dalam kumpulan WeChat ibu bapa dan guru pada 18 September lalu untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.


Berdasarkan video yang dirakam, beberapa orang murid diarah berdiri di sebelah meja mereka sebagai hukuman. Guru itu kemudian membebel di hadapan kelas.


Foto: Baidu

“Murid yang diminta berdiri tidak mempunyai pembaris segi tiga. Adakah keluarga anda miskin atau ibu dan bapa anda tidak mengambil berat?” kata guru berkenaan semasa merakam video.

Murid-murid terus diam apabila guru mereka meneruskan tegurannya.

“Anda perlu menggunakannya untuk melukis,” tegasnya.


Ibu bapa murid-murid  tersebut kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak pentadbiran sekolah. Pihak sekolah berjanji akan menyiasat dan mendisiplinkan guru tersebut jika tindakannya didapati tidak wajar. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 29-9-2023 01:02 PM
Daripada kau marah, baik kau belikan..
Ke kau yang miskin???
Quote boo03 17-11-2024 05:13 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.037978 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top