CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Satu RM3.08, Beli Dua RM6.59 -Pengguna Berang Harga Promosi Lagi Cekik Darah Dari Asal

29-9-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5546| Komen: 5

PETALING JAYA – Tular gambar di Facebook memaparkan jualan promosi spageti kering yang dikatakan lebih mahal berbanding harga asal.

Pengguna Facebook, Halim Aziz menunjukkan terdapat dua harga yang berbeza dipamerkan pada rak jualan spageti.


Foto: FB

“Satu peket spageti kering RM3.08, namun terdapat jualan promosi dengan menawarkan harga RM6.59 untuk dua peket spageti kering.

“Anda rasa mana berbaloi? Ambil set promosi atau ambil asing-asing?,” soalnya dalam satu hantaran.

Ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi sama apabila harga promosi yang dipamerkan lebih tinggi dari sebelumnya.

“Pernah kena juga, beli susu anak. Satu peket tulis RM18.90, kalau ambil dua ada promosi jadi RM40. Tanpa fikir lama sebabkan tulis promosi terus saya ambil dua peket sekali. Lepas dah bayar, dalam kereta sambil baca semula resit pembelian baru perasan harga promosi merugikan,” kongsi Athirah.


“Sebab itu kita kena belajar subjek Matematik. Supaya pandai kira satu tambah satu, orang kita pantang nampak perkataan ‘promosi’, terus diambilnya, sedangkan kena ‘gula-gulakan’ dengan peniaga,” tegur Azilah Md.

Sementara itu, pengguna juga menyeru pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk kerap meninjau harga jualan di setiap kedai dan pasar raya supaya ia tidak menimbulkan salah faham serta kekeliruan terhadap pembeli. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fairiza 29-9-2023 01:18 PM
Laaa dah lama cenggini. Sll aku kene kat beras. Beli 5kg x 2 kampit lg murah dr beli 10kg satu kampit.
Sll aku akan tekan kalkulator kt hp utk check beza harga beli byk atau sikit.
Quote boo03 17-11-2024 05:12 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.040841 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top