Baru-baru ini rakan Noor Nabila Rosix Omar memuat naik video memaparkan anak Sharnaaz Ahmad, Jebat berkata dia mahu bercuti ke Jepun pada hujung tahun ini. Kata kanak-kanak berusia lima tahun itu, dia mahu pergi ke negara tersebut bersama ibu dan bapanya sahaja.
"Baby (Jebat) nak pergi Jepun. Main snow (salji). Tiga orang, baby, mama (Nabila) dengan baba (Sharnaaz). Itu sahaja." Dalam video sama, Rosix turut berkongsi telatah Jebat yang suka bercakap menggunakan loghat Sabah. Di ruangan komen ramai terhibur dan memuji kepintaran Jebat. Untuk info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya lelaki, Jebat Jayden, 5.
|
RoseLuna: Dia sebut aunty Amelia sekali ...
Robitadotcom replied at 29-9-2023 11:33 AM
lol bukan dlm video dia ada sebut g ngn baba aunti melia dengan mommy keeeee?
ADVERTISEMENT