CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tak Keja Hidap Kanser- Isteri Derita Nak Jaga Dua Anak OKU, Gaji RM40 Je Sehari

29-9-2023 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5939| Komen: 29

KOTA TINGGI – Suami tak kerja akibat menghidap kanser paru-paru, seorang isteri di Taman Kemang hanya bergantung hidup dengan hasil berniaga sekitar RM40 sehari untuk menyara keluarga.

Nur Syafiqah Amanullah, 32, berkata, suaminya Mat Senan Mat Jim, 49, disahkan menghidap penyakit itu pada tahap empat Mac lalu.


Katanya, suami sebelum ini bekerja sebagai kontraktor rumah, namun kini tidak boleh bekerja berat selepas doktor menyarankan agar dia berehat ekoran masalah kesihatan.

Foto: Kosmo

“Suami kini jalani rawatan kemoterapi di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Pada awalnya doktor me­nyangka suami menghidap kan­ser payudara kerana bahagian itu membengkak ketika itu.

“Selepas membuat ujian berulang kali, barulah doktor mengesahkan dia menghidap kanser paru-paru. Suami kini bergantung pada ubat morfin yang dibekalkan hospital untuk menghilangkan rasa sakit,” katanya kepada Kosmo.


Katanya, hasil perkahwinan dengan suaminya, mereka dikurniakan dua anak yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU), manakala hasil perkahwinan suaminya sebelum ini juga memiliki dua orang anak.

Menurutnya, anak bongsunya Nur Zulaikha, 7, merupakan OKU terlantar. Sejak dalam kandu­ngan, doktor memaklumkan dia ada jangkitan kuman di selaput otak, namun lahir dalam keadaan yang normal, cuma ketika usia­nya lima bulan kaki kanan patah dan kesihatannya merudum.

Tambahnya, dengan hasil berniaga sate dan otak-otak yang diambil dari saudaranya, dia gunakan untuk menampung per­belanjaaan keluarga termasuk rawatan ke hospital.

“Suami ada terima Baitulmal sebanyak RM400 sebulan. Saya pula hasil berniaga bersih hanya peroleh sekitar RM40 sehari.

“Bagi kos kemoterapi suami ke hospital, memang saya kena sediakan sekitar RM200 dalam akaun bank. Dalam sebulan kadang kala perlu rawatan susulan sampai empat kali.

“Anak bongsu juga sepatutnya perlu jalani rawatan terapi, namun buat masa ini saya terpaksa hentikan dan dahulukan suami kerana lebih memerlukan rawatan,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam milik Nur Syafiqah 01-069-02-042378-5. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-9-2023 03:30 PM
Moga cpt sembuh.
Moga kontraktor yg tipu mak meolls buat rumah kene kanser juga - kataku marah
Quote jazaa100 29-9-2023 03:53 PM
KamikuP replied at 29-9-2023 03:30 PM
Moga cpt sembuh.
Moga kontraktor yg tipu mak meolls buat rumah kene kanser juga - kataku marah

Jangan.....

Tak baik doakn mcm tu....takut malaikat doakn yg sama utk kita ....

Baru² ni aku tersakiti yg amat sgt ....aku pun doa mintak org tu jd mcm tu...mcm ni....
Tetiba tersedar.....serah je pd Allah mcmana Allah nk bg.....jiwa lebih tenang ....

Kita doa yg baik je utk kita....serahkn dia pd Allah...
(Done setazah Jadian jap)
Quote tumpanglalu74 29-9-2023 11:44 PM
Done!  Memang keluar nama dia bila nak transfer.  Usah risau..
Quote Perwira2022 29-9-2023 11:47 PM
Mana menteri2 kerajaan Madani? Mana pemimpin2 PHBN Johor? G
Pakat goyang telur je hari2.. Cukup bulan gaji masuk akaun..
Quote mojarean_X 30-9-2023 12:52 AM
Ya allah siannya. Suami kanser anak dua2 OKU. Berat ujian dia ni
Quote matamata 30-9-2023 01:32 AM
Selayaknyalah dibantu
Quote liyamariska 30-9-2023 03:20 AM
semoga dipermudahkan segala urusan untuk keluarga nih...
Quote akusukaq 30-9-2023 03:37 AM
Insha Allah kes mcm ni ramai yg bersimpati bila didedahkan.
Quote Prickford 30-9-2023 08:44 AM
Edited by Prickford at 30-9-2023 12:48 AM

Bila kita pkir ujian kita berat, baca berita gini lagi berat ujian nya.
Quote nw111 30-9-2023 08:54 AM
Ok..yg ni kesian...valid lah nk mintak sumbangan pun...
Moga Allah permudahkan urusan adik ni..
Hopefully suami tu ada carum socso n epf utk diri sendiri... kalau meninggal nanti adalah jgk tinggal pencen n duit utk anak2 oku tu
Quote nw111 30-9-2023 08:58 AM
01069020423785

Bank islam

Quote honeybee1802 30-9-2023 09:38 AM
Kanser kalo dah tahap amik morfin ni mcm dah advaced jg la ye..arwah member dulu dr breast cancer merebak ke tulang lungs...bila kena lungs mmg pakai tong oksigen je sampai akhir
Quote B40tastePosh 30-9-2023 02:33 PM
Penyokong JDT SIAP!

SIAP PAK!!!
Quote nikola.tesla 30-9-2023 10:41 PM
jazaa100 replied at 29-9-2023 03:53 PM
Jangan.....

Tak baik doakn mcm tu....takut malaikat doakn yg sama utk kita ....

Mak dia orang teraniaya.apa pulak salah sampai malaikat nak doa aniaya balik mak dia?sedangkan kalau orang kafir teraniaya pun sampai doa dia inikan pula doa orang islam
Quote jazaa100 30-9-2023 10:44 PM
nikola.tesla replied at 30-9-2023 10:41 PM
Mak dia orang teraniaya.apa pulak salah sampai malaikat nak doa aniaya balik mak dia?sedangkan kal ...

Pd aku lah....dari doa yg tak elok, baik doa Allah ganti dgn rezeki berlipat ganda....
Quote nikola.tesla 30-9-2023 10:47 PM
jazaa100 replied at 30-9-2023 10:44 PM
Pd aku lah....dari doa yg tak elok, baik doa Allah ganti dgn rezeki berlipat ganda....

Betul sis.memang sebaiknya bersabar dan doa yg baik2 mintak dikuatkan menghadapi semua tu.tapi macam biasa kita manusia ni mmg akan doa mintak Tuhan balas
Quote kotakbaju 30-9-2023 11:04 PM
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini amin aminn..
Quote kotakbaju 30-9-2023 11:05 PM
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini amin amin..
Quote mojarean_X 1-10-2023 02:08 AM
Up up up....semoga lebih byk penderma dpt menyumbang

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.091493 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top