CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terperangkap Dalam Lif Pejabat- Pekerja Bengang Majikan Potong Gaji Gara-Gara Datang Lewat 3 Jam

29-9-2023 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4132| Komen: 3

NEW DELHI, INDIA – Seorang lelaki bengang selepas syarikat tempat dia bekerja mahu memotong gajinya akibat terlewat tiba selama tiga jam kerana terperangkap di dalam lif rosak di bangunan yang sama.


NDTV melaporkan, berdasarkan hantaran dikongsikan di laman sosial Reddit, lelaki dair India yang identitinya tidak didedahkan itu berkata, dia berada di dalam lif pejabat yang secara tiba-tiba berhenti bergerak.

Disebabkan gagal menghubungi petugas penyelenggaraan, dia menghubungi pegawai Jabatan Sumber Manusia (HR) dan memberitahu keadaannya.

Foto: NDTV

Mereka kemudian menghantar juru selenggara sebelum dia berjaya dikeluarkan  tiga jam kemudian.

Namun, nasib tidak menyebelahi lelaki tersebut apabila dia diberitahu pegawai HR bahawa dia dianggap tidak hadir pada hari tersebut, menyebabkan gajinya akan dipotong.

“Saya berkata kepada mereka bahawa jika mereka mahu menandakan kedatangan saya sebagai tidak hadir, saya mahu pulang ke rumah.


“Namun, penolong pengurus memberitahu bahawa kami kekurangan pekerja, justeru, saya tetap perlu bekerja,” katanya.

Tambah lelaki itu, dia bertegas agar HR membetulkan rekod masa kehadirannya dan sekiranya enggan, dia mahu pulang ke rumah kerana telah dianggap tidak hadir.

“Mereka mula mengugut saya mengenai penilaian prestasi kerja tahunan dan etika  bekerja serta menuduh saya mereka pelbagai alasan dan tidak mempunyai motivasi,” jelasnya.

Dia berhasrat membawa perkara tersebut ke mahkamah selepas merekod kejadian kerosakan lif dan menyimpan semua perbualan bersama HR serta penolong pengurus.

Hantaran yang dikongsikan itu menjadi perhatian ramai dan menerima pelbagai komen netizen.

“Saya tidak akan bekerja jika saya ditandakan sebagai tidak hadir. Sebaliknya, syarikat perlu membayar pampasan kepada anda kerana berlakunya insiden tersebut. Sila tukar kerja,” kata seorang pengguna.

“Bagaimana anda boleh bekerja dalam persekitaran penuh ‘toksik’? Jika mereka mahu anda bekerja, mereka perlu menandakan kehadiran anda. Sebaliknya, mereka enggan membayar gaji, namun masih mahu anda bekerja. Adakah ini era perhambaan?” soal pengguna lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo03 17-11-2024 05:12 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.142232 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top