CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Kutuk Fizikal Kita? Bangun Dan Lawan Balik" – Francissca Peter

29-9-2023 10:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3857| Komen: 1

Penyanyi, Datuk Francissca Peter, 62, mengajak mana-mana selebriti yang menjadi mangsa body shaming agar bangkit mempertahankan diri daripada ejekan yang dilayangkan kepada mereka.

Francissca berkata, dia kesal dengan sikap segelintir individu yang tidak berhati perut menulis komen yang menghina fizikal seseorang artis seperti yang berlaku kepada penyanyi Liza Hanim baru-baru ini.



“Saya juga pernah menjadi mangsa ejekan tubuh beberapa kali sejak saya mula menyanyi pada tahun 1985 lagi. Cuma zaman ini ada media sosial, kita boleh lihat betapa busuknya hati seseorang menerusi media sosial.

“Orang pernah selamba bertanya saya kenapa saya gemuk? Kemudian depan muka saya mereka meminta saya turunkan berat badan. Setiap kali saya terima komen begitu entah kenapa saya akan ketawa dalam hati.

“Kata-kata begitu hanya keluar dari mulut orang yang hidup tidak gembira. Jadi dia cakap seperti itu untuk buat dirinya rasa lebih baik. Kita jangan ambil perkara ini terlalu peribadi. Jadi, lawan balik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.


Francissca mengulas tentang penyanyi, Liza Hanim yang sebelum ini memuat naik sebuah komen oleh seorang individu yang menghina keadaan wajahnya di media sosial.

Perkongsian Liza menarik perhatian ramai pihak termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyifatkan netizen terbabit berhati busuk.

Apabila seseorang artis lantang bersuara, ia sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sudah menjadi lumrah alam bahawa fizikal seseorang wanita akan berubah seiring perubahan usia .

“Saya puji tindakan Liza yang bersuara di media sosial. Bila kita buat begitu, orang akan faham bahawa wanita ialah wanita. Suatu masa nanti akan menjadi ibu. Tidak semua orang boleh kekal kurus kerana ia bergantung kepada biologi seseorang.

“Mungkin ada yang rela membataskan pemakanan, tak makan, untuk kurus. Itu terpulang kepada mereka. Tapi tak semua orang mahu lakukan itu, ada yang mahu meningkat usia dengan gembira,” tambahnya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 29-9-2023 02:24 PM
Nak lawan dpt apa
Baik pg gym senam bagi kurus

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.029411 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top