RAWANG – Seorang pemilik kucing cemas apabila kaki haiwan tersebut tersangkut dalam lubang singki di sebuah kediaman sekitar Taman Regency Park. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muhd. Mazuan Idris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.20 petang.
Jelasnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ditugaskan ke lokasi kejadian. “Sampai di lokasi, kita dapati kaki seekor kucing terperangkap dalam lubang singki tandas rumah berkenaan. “Anggota bertindak mengumpil lubang singki menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan kucing itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya, kucing tersebut diserahkan kepada pemiliknya dalam keadaan selamat. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT