KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan trauma dirogol di kawasan tangga pintu kecemasan di sebuah pangsapuri di Sungai Besi, 18 September lalu selepas keluar makan dengan rakan lelaki.
Sbelum kejadian, mangsa dijemput rakan lelakinya yang berusia 18 tahun untuk makan di Desa Tasik. Kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu berlaku ketika mangsa dibawa ke sebuah pangsapuri. Menurut sumber, cubaan mangsa melarikan diri gagal apabila suspek mengunci pintu kecemasan dan memperkosa mangsa. “Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah dan diminta supaya tidak menceritakan kejadian terkutuk itu kepada sesiapa,” katanya. Sumber memberitahu, mangsa yang trauma menceritakan kejadian tersebut kepada rakannya sebelum memaklumkan kepada ahli keluarga. “Mangsa membuat laporan polis pada 21 September lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, susulan kejadian iut polis memberkas suspek bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-CARI Sumber: Kosmo
|
epullipan replied at 29-9-2023 11:33 AM
pelik plak pintu kecemasan bole dikunci..kalau jenis bukak 1 way tu taula.
ADVERTISEMENT