CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mat Saleh Kena 'Ketuk', Dicaj RM4 Untuk Sirap Bandung Di Malaysia "Kosong, Tak Ada Soda"

29-9-2023 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4063| Komen: 57

Seorang pelancong asing teruja membeli segelas air sirap bandung daripada sebuah restoran di Malaysia.

Pemuda dari Australia dikenali sebagai Luke Damant berumur 23 tahun itu berkongsi momen berkenaan di TikTok.


"Minuman apa warna pink yang semua orang tengah minum dekat sini?," tanya Luke dalam bahasa Inggeris kepada salah seorang pekerja di restoran berkenaan.

"Oh air itu kita panggil sirap. Ia kordial yang dicampur dengan susu. Segelas RM4," terang pekerja restoran itu.

Foto: via mStar

Dia sempat merakamkan langkah demi langkah cara membancuh minuman berkenaan selepas dia membuat pesanan.

"Okey bagi saya satu. Jom tengok cara ia dibuat. Mula-mula dia letak kordial sirap tu, kemudian masukkan susu pekat. Lepas tu tuang air panas dan kacau sampai sebati.

"Akhir sekali, masukkan ais yang banyak. Tunggu sekejap, ini seperti minuman yang saya pernah cuba di India dulu," kata Luke menerusi videonya.


Luke merasa dan memberikan ulasan mengenai minuman sirap bandung tersebut.

"Inilah dia... air pink yang ramai tengah minum dekat kedai ni. Sekali tengok, macam air yang diperbuat daripada gula-gula kapas.

"Jom kita cuba, nak tengok rasa dia sama tak macam minuman yang dekat India. Saya teguk sikit. Okay, rasa dia hampir sama, cuma ada tambahan rasa bunga-bunga, unik sangat rasa dia.

"Ah sangat menyegarkan, lagi-lagi waktu hari yang panas macam ni dekat Kuala Lumpur," kata Luke menikmati minuman sirap bandung itu.

Berpuas hati dengan minumannya, Luke kemudian bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Hello, saya nak bayar untuk minuman ni, RM4 ke? Okay ni RM5, boleh simpan baki ya. Terima kasih," kata Luke berlalu pergi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendakwa peniaga kedai berkenaan mengambil kesempatan ke atas Luke kerana mengenakan caj mahal.

"Rasanya mat salih ni dah kena 'pau', pelancong mesti kena punya. RM4 untuk segelas minuman sirap bandung adalah sangat cekik darah ya.

"Abang ni kena 'ketuk' ni, tempat aku paling mahal sirap bandung pun RM2 je. Tak mungkin la sebab alasan harga barang naik air sirap bandung boleh jadi RM4.

"Air sirap bandung RM4 ni kira mahal sangat, tak ada letak soda apa pun. Kosong je aku tengok dia buat. Tak berbaloi dengan harga," kata sebahagian warga maya memberikan hujahan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 29-9-2023 10:08 AM
Ini common lah... Netizen pun jangan cerita mat salleh bukan boleh tahu issue begini... Nanti depa minta bargain sebab homecountry depa untuk F&B ini tiada harga begitu... Nanti acik local cakap mat salleh traveller sengkek...beach hats di stall tepi jalan di tourist area depa cakap 15 to 20 usd/euro/aud/gbp price tag.... Hahahaha
Quote green~tea 29-9-2023 10:13 AM
4 ringgit air bandung (sirap + susu) mahal apa nya???

Dasar marhaen sengkek asik keje nak mengecam aje.. apa ko ingat labor tu free????? Duk tercegat jaga kedai ingat murah??????


Pastu komplen gaji 1500 menganiaya rakyat ... ko sendiri pun kedekut takde pikir pasal margin kos pekerja kos bahan
.

Dasar netizen bingai
Quote pisanggoreng 29-9-2023 10:15 AM
maluin-maluin... selalu yg letak aiskrim soda tu bangsa J
Quote prince_marhaen 29-9-2023 10:24 AM
air balang skrg semua dah rm3-4 lah cawan medium tu...apatah lagi air bancuh satu-satu... tak kira la soda ke tak soda lahanat... biarlah dia bayar  berapa pun, kalau sengkek jangan melancong... itu je.. nk menangkan omputih bau tengik ni dah kenapa..
Quote Dwdrum 29-9-2023 10:27 AM
Di tipu and sengkek berbeza....
Quote kelip2_07 29-9-2023 10:37 AM
sirap bandung kat mane tu rm2??

lantak la mat saleh tu kena byr rm4 pn..xyah la korang beriye nau..kira msk akal lg hrga tu
Quote SedihPedih 29-9-2023 10:39 AM
Air kalau RM 2 gelas kecik aja..
Quote Skuau 29-9-2023 10:41 AM
Dwdrum replied at 29-9-2023 10:27 AM
Di tipu and sengkek berbeza....

orng berniaga...kata customer sengkek.
customer kata...peniaga..penipu.
susah isu ni sb gaji pekerja buat 1 sirap tu xtau bape..kos sirap tu...mungkin la boleh main agak2...
Quote tungkai 29-9-2023 10:45 AM
Yang kata harga sirap bandung 2 hinggit tu kat mana? Paling murah kat pasar malam tu pun dlm RM3 saiz kecik
Quote noor2 29-9-2023 10:46 AM
Hello oooo mmg harga sirap bandung dah RM4 atau RM4.50 kat restaurant mamak shah alam ni...
Quote _blackbird 29-9-2023 11:00 AM
Kat tempat kerja aku ni sirap ais / teh o ais pon dah harga 3 ringgit nokkk. Teh ais RM4. Mango shake guna cordial (takda secebis pon buah mango asli ya) RM11.50 hanat betul.
Quote jiwasemangat 29-9-2023 11:08 AM
Baik gi beli air dlm kotak kat speed mart. Murah pekat dan tak kena tifuu lagi. *sekian free promo dari iols..
Quote green~tea 29-9-2023 11:09 AM
prince_marhaen replied at 29-9-2023 10:24 AM
air balang skrg semua dah rm3-4 lah cawan medium tu...apatah lagi air bancuh satu-satu... tak kira l ...


Mat saleh tu tak kutuk pun.. tak rasa trraniaya pun... heols siap bayar rm5 for the price of rm4 yg pekedai ckp... bg dia, rm4 tu murahhhhh, keep the change

Tp ramai pulak netizen bingai pergi komen2 provoke kat soc med mat saleh tu
Quote sayurmayur88 29-9-2023 11:11 AM
ohhh ok paham !
Quote noor2 29-9-2023 11:23 AM
_blackbird replied at 29-9-2023 11:00 AM
Kat tempat kerja aku ni sirap ais / teh o ais pon dah harga 3 ringgit nokkk. Teh ais RM4. Mango shak ...

Kak selalu beli.mango float RM6..siap ada buah ...sedapppp....
Quote prettyuglybabe 29-9-2023 11:28 AM
bodohnya sapa kata kena tipu tu..
dah memang harga standard air kedai memang RM3 ke atas..
mana dapat harga singgit duainggit nijam..
konon nak jadi saviour padahal bodoh..
agaknya gi kedai pau orang suruh bayar..
air kosong pun la ni paling murah limaposen ngok..
Quote ashilalat 29-9-2023 11:29 AM
RM4 mahal? Pegi buat sendiri
Quote TomyamPuteh 29-9-2023 11:36 AM
Sirap Bandung blh dpt tak kt Bandung?
Quote otai_g 29-9-2023 11:43 AM
Abeh ko pg negara luar ko ingt peniaga kat sana x cekik ko? Terutama negara timur tgh, china, indon

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037923 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top