PU Abu dituduh berfikiran liberal dan seolah-olah melupakan hari penting Nabi Muhammad SAW gara-gara menyarankan umat Islam meraikan Maulidur Rasul secara sederhana. Namun Abu berkata dia cuma tidak bersetuju dengan cara sambutan itu diadakan secara berlebih-lebihan.
Baginya, Nabi Muhammad perlu dicintai setiap hari dan bukanlah hanya pada perayaan tertentu sahaja. "Jika membela sunnah Nabi itu dilabelkan sebagai liberal, silakan melabel lagi dan lagi. Kita perlu diajar untuk sayang Nabi setiap hari. "Saya bukan tidak setuju dengan sambutan Maulidur Rasul, tetapi saya tidak setuju cara kita merayakan Maulid Nabi itu," katanya menerusi satu perkongsian di Instastory pada Khamis. Dia menulis perkara tersebut sebagai membalas satu komen yang menganggap pandangannya satu fahaman liberal kerana mengajak orang ramai merayakan sambutan Maulidur Rasul secara bersederhana. Abu juga mengajak orang ramai supaya lebih melakukan aktiviti pengisian jiwa sebagai tanda sayang terhadap Nabi Muhammad SAW. "Sekiranya sayangkan Nabi, buat tiga perkara iaitu amalkan sunnah Baginda, perbanyakkan selawat dan belajar kisah sirah hidup Baginda," kongsinya. Sebelum ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berpendapat perayaan sambutan Maulidur Rasul adalah sebagai harus dan termasuk dalam bidaah hasanah.
|
Cokoro replied at 29-9-2023 09:56 AM
Apa yg liberalnya? Org yg komen pun. Yg penting hari2 kena selawat tambah2 hri jumaat
Manusiabesa replied at 29-9-2023 10:52 AM
Heran aku sperma dia mcm kualiti sgguh. Bini 1st anak dh 3. Bini kedua mcm anak nk masuk 2. Rasanya ...
sayurmayur88 replied at 29-9-2023 11:12 AM
ada lelaki mmg sejenis subur tau.
rakan sekerja iolls rasanya tiap tahun ambek maternity leave (un ...
ADVERTISEMENT