CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Beras Tempatan Di Pasaran Jejas Bisnes Nasi Lemak RM1

29-9-2023 09:36 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2062| Komen: 2

Jerantut: Seorang peniaga terpaksa memilih beras import untuk menyediakan nasi lemak yang dijual pada harga RM1 berikutan ketiadaan stok beras putih tempatan.

Zulkifli Nordin, 42, berkata dia membeli jenama beras import paling murah di pasaran bagi meneruskan jualan harian.


Katanya, dia tidak mahu menaikkan harga dan bagi menampung kos yang semakin meningkat itu, dia mengurangkan sukatan nasi.


Menurutnya, dia akan mengekalkan harga RM1 kerana tujuan asal berniaga adalah untuk memberi peluang lebih ramai mampu membeli terutama yang mempunyai anak ramai.

Katanya, semuanya bermula sejak September 2021 setelah terkesan dengan COVID-19 yang menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

"Kilang tempat saya bekerja terpaksa mengecilkan saiz pekerja akibat COVID-19 dan ini menyebabkan saya kehilangan pekerjaan.

Menurutnya selepas berbincang dengan isteri dan ibunya, mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi lemak dan kuih.


"Pada mulanya, isteri tidak yakin kerana kos bahan mentah untuk membuat nasi lemak dan kuih semakin mahal," katanya.

Zulkifli berkata, menyedari ramai yang turut terjejas akibat wabak COVID-19, mereka mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak berbalut daun pisang pada harga RM1.

Nasi lemak RM1 disertakan dengan sambal bilis, telur dan timun, manakala isterinya membuat dan menjual karipap kentang serta roti sardin gulung.

"Sambutan baik dari orang ramai, menyebabkan ada pelanggan yang mahukan nasi lemak berharga RM2 dan saya turut menyediakannya," katanya.

Dalam sehari, Zulkifli menyediakan kira-kira 200 bungkus nasi lemak RM1 dan 100 bungkus nasi lemak RM2.

Dia memulakan perniagaan seawal jam 7 pagi dan dalam masa tidak sampai sejam semuanya habis dijual.

Katanya, ramai pelanggan membeli nasi lemak secara pukal untuk dia memberi secara percuma kepada pelanggan lain atau pihak tertentu.

"Tidak pernah saya sedar nasi lemak berharga RM1 itu akan mengubah hidup saya selepas tiga bulan tidak mempunyai pendapatan dan akan cuba kekalkan harga ini selagi boleh," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 10:01 AM
Nasi lemak RM1 mana kenyang?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.058924 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top