CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Turut Berdepan Bebanan, Tak Sesuai Desak Naikkan Gaji Pekerja Tampung Kos Sara Hidup Tinggi,

29-9-2023 09:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2449| Komen: 14

Petaling Jaya: Mendesak majikan menaikkan gaji pekerja berikutan peningkatan kos sara hidup semasa bukanlah langkah yang sesuai, malah akan meningkatkan lagi kadar inflasi.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, sebaliknya, kerajaan perlu mengambil langkah sesuai kerana majikan turut berdepan bebanan yang sama dalam isu kos sara hidup.


“Sekarang juga bukanlah masa yang sesuai untuk meningkatkan gaji ke tahap yang lebih tinggi kerana kebanyakan majikan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) masih bergelut untuk memulihkan perniagaan mereka yang terjejas teruk oleh Covid-19.



“Keadaan ekonomi dunia yang merudum juga membimbangkan terutamanya kesan daripada konflik di Ukraine. Ekonomi dunia juga dalam fasa tidak menentu yang dikaitkan dengan isu-isu berkaitan rangkaian bekalan,” katanya ketika dihubungi.


Jelas beliau, majikan di Malaysia juga terpaksa menanggung kos pinjaman yang melonjak akibat peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.0 peratus pada Mei 2023.


“Kebanyakan majikan tidak mampu untuk membuat pinjaman baharu sebagai modal pusingan kerana kosnya yang terlalu tinggi.


“Jadi, bagi menangani perkara ini, sebaiknya kerajaan hendaklah mewujudkan prasarana yang mesra pelabur agar dapat menarik pelabur-pelabur luar dan dalam negara.


“Pelabur besar akan membawa teknologi baharu dan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi untuk lepasan graduan Malaysia,” katanya.


Terdahulu, JobStreet Malaysia menyarankan majikan mempertimbangkan semula tahap gaji berikutan kos sara hidup semakin meningkat selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada strategi menarik tenaga kerja berkualiti.


Panduan Gaji 2023 JobStreet mendapati sebanyak 97.3 peratus daripada penyenaraian pekerjaan menawarkan tahap gaji yang serupa dengan tahun lepas, dengan industri komputer dan teknologi maklumat (IT) menyaksikan kenaikan gaji tertinggi, meningkat 28 peratus daripada RM3,750 kepada RM4,800.


Mengulas mengenai rasionalisasi kenaikan gaji, Syed Hussain menegaskan, secara amnya, MEF menyokong agar gaji teutamanya gaji graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan Diploma dan Ijazah ditingkatkan kerana ia berdasarkan kecekapan teknikal.


Ujarnya, graduan yang memilih untuk jurusan akademik pula perlu memastikan mereka mempunyai kemahiran dan ciri-ciri semasa yang diperlukan di pasaran kerja agar mereka berupaya untuk mendapat gaji yang lebih tinggi.


“Berdasarkan Tinjauan Gaji MEF untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2022, gaji pokok minimum tanpa pengalaman kerja bagi pemegang Diploma ialah RM1,936, dan RM2,805 bagi Pemegang Ijazah Kepujian.


“Oleh itu, tiada halangan untuk meningkatkan gaji graduan jurusan akademik dan TVET sekiranya mereka mempunyai kelayakan yang diiktiraf, terutama kepada mereka yang telah menjalani latihan kemahiran di sepanjang proses pembelajaran mereka,” ujarnya. 



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 29-9-2023 10:56 AM
ledigugu replied at 29-9-2023 10:53 AM
Setuju. Bos saya taknak naik gaji staff tapi hujung tahun tambah cawangan. Gaji pun bayo basic je. M ...

boss cakap, tak pernah ambik gaji sebab nak continue boleh bayar gaji dekat pekerja, itu sebab mampu bayar gaji 1500 sebulan je, tapi baru bawa keluar mercedes GLA yg baru
Quote otai_g 29-9-2023 10:57 AM
Ha nak naik gaji yer. Silap2 naik gaji x dpt, surat terminate yg dpt. Cmpny Tarak untung mau shutdown lah.
Quote green~tea 29-9-2023 11:21 AM
honam replied at 29-9-2023 10:56 AM
boss cakap, tak pernah ambik gaji sebab nak continue boleh bayar gaji dekat pekerja, itu sebab mam ...

Tantah kereta conti tu dia beli pakai duit gaji dia kat company dia keje yg lain...

Aku sendiri seboleh mmg usaha bg gaji setara, bagi bonus bila company tinggi sales... bagi medical benefit.. bagi hadiah appreciation utk staff.. bahkan bini diorang beranak pun kita bg cash bonus utk ringankan beban sambut kelahiran..

Kalo company tgh pesat developing, ramai je director / owner willingly tak amek dividen, allowances sampai company stable...

Kalo i, husband or adik i sendiri buat 3-4 keje ada fixed income so nak bermewah ke apa... I mmg kena bgtau diorg kena paham bahawa kita ni ada income2 lain sbb tu boleh nak beli 5,6,7 series ke gle glc ke.. lain le kita beli kereta tu bwh nama company tu..
Quote ultra78 29-9-2023 11:31 AM
Jangan pelik jika tahun 2030 nanti pun mereka masih akan guna alasan Covid-19..
Quote prettyuglybabe 29-9-2023 12:31 PM
majikan sah sah cover majikan..
peduli apa dia pekerja bawahan tak makan..
Quote kucingitam 29-9-2023 12:49 PM
naik gaji, mmg harga barang bertambah naik lah..pekerja kilang roti pun nak naik gaji juga, so harga roti kena lah naik...macam2...
Quote syamzana 29-9-2023 12:55 PM
padan tolak gi mari gitu laa...ujung2 yg staf kecik2 ni la merempat pdhal staf bawahan ni la berhempas pulas keje kdg2 ot tak berbayo menggerakkan sesuatu company tu. yg atasan tu pening kepala jugak tp balik umah ada sugarbebi tlg urutkan, eh
Quote noor2 29-9-2023 01:23 PM
Pekerja taraf bawahan mmg x faham masalah majikan....dan pekerja dan pemimpin gomen juga x kan faham masalah majikan swasta..
Quote noor2 29-9-2023 01:23 PM
Pekerja taraf bawahan mmg x faham masalah majikan....dan pekerja dan pemimpin gomen juga x kan faham masalah majikan swasta..
Quote ninja boy 29-9-2023 03:39 PM
Edited by ninja boy at 29-9-2023 03:41 PM

Apalagi, gaji kecil yg kau dpt jgn dibelanjakan biar barang kedai2 kilang2 peralatan semua x laku tiada pembeli dan lingkup sama2 dan peniagaan katup adil lah gitu kalau majikan bos2 kaut makan sorang2
Quote Skuau 29-9-2023 03:42 PM
Aku tak minta naik gaji...TAPI...beban(an) kerja tu..tolong jgn tambah yer..'adil & saksama'.
Quote honam 29-9-2023 03:44 PM
noor2 replied at 29-9-2023 01:23 PM
Pekerja taraf bawahan mmg x faham masalah majikan....dan pekerja dan pemimpin gomen juga x kan faham ...

strugle nak bertahan
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 03:56 PM
ultra78 replied at 29-9-2023 11:31 AM
Jangan pelik jika tahun 2030 nanti pun mereka masih akan guna alasan Covid-19..

Tak apa, WHO tengah nak keluarkan virus X untuk buat social experiment hujung tahun ini

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061436 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top