CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gardenia Diberi Enam Hari Untuk Beri Penjelasan Kenaikan Harga Roti

28-9-2023 06:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 21906| Komen: 111

Kuantan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengeluarkan notis meminta syarikat pengeluar roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberikan penjelasan berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula 1 Oktober ini.


Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata syarikat berkenaan perlu menjawab notis yang dikeluarkan semalam itu, sebagai sebahagian daripada usaha pihaknya bagi mengelak berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah sehingga boleh membebankan rakyat.


"Pihak Gardenia perlu menjawab notis itu dalam tempoh enam hari sebab kita hendak tahu semua kos terbabit, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit.

"Keseluruhan rantaian bekalan ini perlu dijelaskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Rahmah Bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra di sini, hari ini.


Katanya KPDN akan melakukan pengiraan secara komprehensif selepas menerima penjelasan Gardenia KL nanti, bagi menentukan sama ada kenaikan harga barangan makanan itu rasional atau tidak.

Katanya KPDN tidak dapat menghalang sesebuah syarikat untuk menaikkan harga barangan mereka, bagaimanapun penetapan harga sebenarnya masih boleh dikawal mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan.

Gardenia KL sebelum ini mengesahkan 30 produk mereka akan mengalami kenaikan harga antara 10 dan 40 sen, selepas menyemak semula harga bagi produk terpilih.

Namun harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast'em masih kekal bagi memastikan kenaikan tidak membebankan majoriti pelanggan.

Sementara itu program Jualan Rahmah hari ini menyaksikan dua lori yang membawa muatan pelbagai barang makanan dan keperluan asas dengan nilai subsidi RM34,000 ditempatkan di kawasan PPRS berkenaan bagi memudahkan orang ramai membelinya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 07:18 PM
adakah harga roti turun lepas siasatan?
Quote Radzor 28-9-2023 07:23 PM
sbb dia syed bukari
Quote Skuau 28-9-2023 07:26 PM
SEBAB BOLEH..DEK....
Quote najib888 28-9-2023 07:45 PM
Patut puziah ni yg kena bagi penjelasan dia pada rakyat Malaysia.. kenapa nak buat teh tarik tak beli teh?
Quote otai_g 28-9-2023 07:57 PM
Harga beras naik, tepung naik, gula naik, tambang grab naik, tiket wayang naik x de plk ko mintk notis bagai.
Quote kaseh80 28-9-2023 08:00 PM
Tindakan apa akan diambil selepas 6 hari?
Nantikan jawapan makcik poji
Quote Tinot7 28-9-2023 08:00 PM
Roti massimo baper? Ada naik ka?
Quote jiwasemangat 28-9-2023 08:13 PM
Kalau minta penjelasan.. jelas kan jer laa.. bukan susah pon, follow presedur jerr ponn. As long as all document comepleted, apa nak heran. Lagi lah kompeni besar² camm tu..dah ready ponn.. ISO lagi. ini bukan cerita pisang goreng yg jual tepi jalan tuu, yg harga ter cekik tuu.
Quote pooh~key 28-9-2023 08:17 PM
Skuau replied at 28-9-2023 07:26 PM
SEBAB BOLEH..DEK....

Selalu lawak kau tak menjadi sis. Tapi kali ni akak tergelak terbahak-bahak sissy.
Quote monreyes 28-9-2023 08:21 PM
bila mknn makin mahal dan rakyat opt mkn roti..naik pulak harga roti...
Quote Samerosie 28-9-2023 08:43 PM
Baru baca kat news portal.  Gardenia ni mcm tiap tahun naik rega, tshun 2020, tahun 2021, tahun lepas sebelum pru.  Kesian manusia, nanti esok2 kena panah petir pun salah pmx juga.

Screenshot_20230928_203756_Chrome.png
Quote Samerosie 28-9-2023 08:48 PM
monreyes replied at 28-9-2023 08:21 PM
bila mknn makin mahal dan rakyat opt mkn roti..naik pulak harga roti...

Roti berperisa je naik seposen...roti yg manis nak mampus inti artificial flavoring tu tapi roti putih roti wholemeal semua tu tak naik rega.
Quote edayildiz 28-9-2023 09:01 PM
dlu 0.90 sen jer roti tu..
i mkm jgknyg chocolate ngn jagong tu sbb yg tu je selalu ada kt speedmart..yg lain kt 7e ada..tp rega dia bkn 1.10 mcm chocolate nganjagong
.mcm 1.70..ni kalau naikk mau rm2.00
t0 red bun yg fluffy tu sdp jgkkk rm1.4..i selalu bwk bekal sbb senangg nk ngap pg pg
Quote krustykrab 28-9-2023 09:01 PM
Mujur aku alah gluten..
Quote stingerbumpy 28-9-2023 09:14 PM
Radzor replied at 28-9-2023 07:23 PM
sbb dia syed bukari

Ok ler dah janji dgn piyemx utk sumbang 10juta every mth for the next 6 mths utk pesawah keww apo kheunz? Now time to Recoup balik ler....
Quote limesherbet 28-9-2023 09:14 PM
So siapa manusia tak bertanggungjwb tak letak tajuk penuh smalam..... bagusla roti tak manis tak naik...dah ler nipis lembek dah roti tu
Quote stingerbumpy 28-9-2023 09:15 PM
edayildiz replied at 28-9-2023 09:01 PM
dlu 0.90 sen jer roti tu..
i mkm jgknyg chocolate ngn jagong tu sbb yg tu je selalu ada kt speedmart ...

Badan penuh bahan pengawet....

Eeuuuwwwwww
Quote Tunan 28-9-2023 09:24 PM
Tp sbnrnya tak elokla makan roti.. yg jaga kesihatan tu elakla
Lebih baik makan nasi
10x ganda berkhasiat
Quote midori888 28-9-2023 09:27 PM
meols sejak tau roti - tepung gandum tak elok, mmg avoid makan roti...biscuit pun dah kurang makan...

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063665 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top