CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Ditinggalkan Terlantar Di Tilam Dipenuhi Najis

28-9-2023 06:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 20333| Komen: 51

Kota Bharu: Menyayat hati apabila melihat lelaki warga emas terbiar dalam keadaan terlantar sejak lebih dua minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh di sini.

Lebih memilukan warga emas berusia lingkungan 60-an itu hanya terbaring di sebuah tilam yang dipenuhi dengan najis.


WARGA emas yang terbiar dalam keadaan terlantar sejak lebih dua minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh di sini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Peniaga Pasar Wakaf Che Yeh, Hasawadi Ramli, 45, berkata, warga emas berkenaan dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak dikenali sejak lebih dua minggu lalu.

Katanya, turut ditinggalkan ialah sebuah tilam nipis yang menjadi tempat tidur warga emas itu dan lelaki itu hanya mampu terlantar.

"Akibat ditinggal lama, tilam berkenaan dipenuhi dengan najis memandangkan lelaki itu tidak boleh bergerak.

"Saya dan peniaga lain hanya mampu memberikan makanan kepadanya dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mengenalinya. Sebab lama ditinggalkan, tilamnya penuh dengan najis.

"Perkara ini membuatkan pembeli pasar ini tidak selesa kerana bau kurang menyenangkan. Cuti sekolah juga sudah bermula jadi kunjungan orang ramai ke pasar ini akan bertambah berbanding sebelum ini," katanya yang berniaga barangan pakaian dan beg.

Menurutnya, dia juga sudah membuat aduan kepada beberapa pihak untuk membantu warga emas itu, namun setakat ini tiada tindakan.

"Saya harap pihak bertanggungjawab datang membantu warga emas ini kerana dia tidak boleh bergerak," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 28-9-2023 08:13 PM
kenapa lepas dah report still tiada tindakan? tunggu viral ke?
Quote ilacantik 28-9-2023 08:13 PM
2 minggu takde org report polis ke, jabatan kebajikan ke.
Quote sambaldurian 28-9-2023 08:18 PM
Kata negeri berkebajikan, tu mmg keluarga dh xnk jaga dh tu. Yg salah mmg keluarga dia atau kifarah. Nk xnk terpaksa letak kt rumah perlindungan dari buat eye sore je. Xkn nk suh individu jaga. Itule gunanya zakat , cukai bkn utk bagi bonus raya pegawai tinggi je.
Quote ninja boy 28-9-2023 08:23 PM
Abisla selepas ini oku org tua kanak2 org sakit dan pet dibuang tepi2 jalan
Quote zehra2 28-9-2023 08:25 PM
tak kisah lah kot pati ke.. pasar tu tkde pengurusan ke nk bwk org tu ke mana2??
jkm? 2 minggu tu. tahan mata tengok gitu je
Quote slavehunter 28-9-2023 08:34 PM
Kesian. Semoga warga emas ni diselamatkan dan ditempatkan di Hosp atau rumah orang tua.
Quote chandrahusin 28-9-2023 08:39 PM
Aku ada dgr cerita
Ada anak2 yg dh tak mampu nak tanggung mak ayah
Ada sorang uncle Cina ni bgtau
Dia kena halau dr rumah anak yg dia tinggal selama ni
Sbb anak tu dh tak mampu
Dia pegi rumah anak lain
Berapa lama la plk tu
Keadaan dh tak sama
Ramai yg ms PKP byk duit
Kesan dr lps PKP tu yg tak mampu nak hadap
Quote immi 28-9-2023 08:41 PM
zehra2 replied at 28-9-2023 08:25 PM
tak kisah lah kot pati ke.. pasar tu tkde pengurusan ke nk bwk org tu ke mana2??
jkm? 2 minggu tu. t ...

Tu la , org2 negeri serambi Mekah boleh tengok je n setakat ckp boleh bagi makan je??? Peliknya attitude org2 kat sana ya. Tapi mmg org2 sana mcm tu. Attitude ada aku kesah, janji aku senang, peduli apa org lain (pengalaman kerja kat Putrajaya yg penuh dgn org2 negeri ni)
Quote delia3003 28-9-2023 09:36 PM
Edited by delia3003 at 28-9-2023 09:40 PM
immi replied at 28-9-2023 08:41 PM
Tu la , org2 negeri serambi Mekah boleh tengok je n setakat ckp boleh bagi makan je??? Peliknya at ...


Dalam artikel pun ada tulis, diorang dah report tapi tiada tindakan lagi.

Apa yang tak kisah nye, diorang dah report, bagi makan.

Dah viral ni tengok lah sekejap je ada tindakan, lepas tu mesti akan bagi alasan takde report atau report tak lengkap atau bukan ikut saluran betul nak selamatkan tengkuk.


Benci betul acik2 forum dengan orang kelantan. Semoga anak cucu cicit berjodohan dengan orang kelantan, dapat besan kelantan
Quote smallmama 28-9-2023 09:50 PM
Edited by smallmama at 28-9-2023 09:52 PM
immi replied at 28-9-2023 08:41 PM
Tu la , org2 negeri serambi Mekah boleh tengok je n setakat ckp boleh bagi makan je??? Peliknya at ...


Boleh tahan jugak ya kamu ya  begitu benci org kelantan sampai pukul rata semuanya teruk..
Quote shernazz 28-9-2023 10:30 PM
Kesian juga
Merarap.nasib je pakcik tu
Harap2 DPT dihantar lah ke rumah orang2 tua..
Sana ada kemudahan utk orang tua terlantar
Quote Nham22 28-9-2023 10:35 PM
Negeri yg banyak founder2x kaya... Sila la buat sesuatu sbb pihak yg sepatutnye tunggu founder buat kerje
Quote jari10 28-9-2023 11:46 PM
ilacantik replied at 28-9-2023 08:13 PM
2 minggu takde org report polis ke, jabatan kebajikan ke.

Baca tajuk saja kah??
Quote jari10 28-9-2023 11:48 PM
Darul serambi mekah katanya
Quote sharlenetexas 28-9-2023 11:50 PM
Hujan panas macamana?

Quote sharlenetexas 28-9-2023 11:51 PM
immi replied at 28-9-2023 08:41 PM
Tu la , org2 negeri serambi Mekah boleh tengok je n setakat ckp boleh bagi makan je??? Peliknya at ...

Deyols dah report tapi xde tindakan.


Quote sharlenetexas 28-9-2023 11:53 PM
Nham22 replied at 28-9-2023 10:35 PM
Negeri yg banyak founder2x kaya... Sila la buat sesuatu sbb pihak yg sepatutnye tunggu founder buat  ...

Ponder2 taknak buat content ke?

Quote Manusiabesa 28-9-2023 11:55 PM
Kt tt fyp aku naik kisah lbih kurang cmni gk. Anak2 xnak bela, buat2 p hntr kt umh sepupu soh spupu tlg tgok2 kejap, dlm afew months katanya smbil dorg pass kt anak lain ke caner nth. Tipu katanya abg nk pass kt adik gitu. Patu, yg spupu ni tlg la jaga ,ihsan, bapak sedara dia la kan. Kurus kering dh xturus cmni la.dia buat video fyp tt sbb dh 3bulan lebih anak2 diam, xde sorg berminat nk mai ambik balik ayh dorg. Pempuan ni la yg kena tlg cuci berak kencing.bg pkai pempes, tp lama2 dia pun dh xmmpu nk beli pempes. Dia pun dh tnsion xlarat bela last2 dia biar je berak kencing. Dh tu rumah dia pulak jd busuk semak samun. Dia xtahan dh tu yg dia buat fyp nk bg sedar anak2 tu dtg la pungut balik ayah nya. Sian. Mcm2 kisah la org lain dlm msyrkt kita. Jgn la dibuang2 bapak sndiri. Terlintas nk hntr ke rumah org tua pun jgn la telintas. Xbaik
Quote gigahertz 29-9-2023 12:51 AM
zehra2 replied at 28-9-2023 12:25 PM
tak kisah lah kot pati ke.. pasar tu tkde pengurusan ke nk bwk org tu ke mana2??
jkm? 2 minggu tu. t ...

Kalau pakcik tu tetiba meninggal dunia
Jenuh pengurusan.nak jawab

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.147798 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top