CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Y15 Maut Dilanggar Lari

28-9-2023 01:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3580| Komen: 8

Gombak: Penunggang motosikal meninggal dunia akibat cedera parah selepas dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak dikenal pasti sekitar jalan Lebuh Utama Sri Gombak berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak menghala Greenwood, di sini, semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 6.53 pagi.

Mangsa berusia 25 tahun disahkan maut ditempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala. -Foto PDRM

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 dan kenderaan dan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati motosikal itu dari arah pinggiran Batu Caves menghala ke Greenwood.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 25 tahun dipercayai telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan jenis tidak

pasti.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Gombak di talian 03-61262222,”ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 28-9-2023 01:57 PM
Kalo dpt tangkap tolong buat lauk dulu baru bg polis.
Moga² xtenteram sepanjang hayat langgaq mati ank/laki org.
Quote hareeeesah 28-9-2023 03:16 PM
Malaysian ke indon? be it motorist or car driver mmg lahabau bwk area ni, turun bukit punya laju kiri kanan bahaya lansung xfikir. Jln dh la xlebar mana
Quote zehra2 28-9-2023 03:38 PM
kesian nya. hari cuti mcm ni. ntah ada yg menunggu di rumah
Quote otai_g 28-9-2023 03:55 PM
Sapa2 pnh lalu jalan tu Tau la mcm mn. Jln tu serupa lahanat. Kereta bnyk yg selfish.
Quote t_hahahaha 28-9-2023 04:15 PM
jalan nk naik bukit tu pehal banyak simen2 keras belah kiri eh.i memang ngeri sikit lalu sini. walau naik bukit pun, kemain org nak laju.inikan bila turun bukit tu. sanggup la lalu bolton, masuk kg wira damai tu. or vice versa
Quote gigahertz 28-9-2023 05:39 PM
otai_g: Sapa2 pnh lalu jalan tu Tau la mcm mn. Jln tu serupa lahanat. Kereta bnyk yg selfish.

6 pagi dan 5 petang jangan la gatal tangan lalu situ. sebab situ selalu sangkut jammed
flyover bodoh atas tu
Quote otai_g 28-9-2023 05:45 PM
Sapa la perancang bandar area tu. Elok minum racun je la. Mmg totally failed town planning dia. Bottleneck da kat situ. X blh buat apa sbb pembangunan sekeliling da buat tp bab jalan dia abaikan. Mn blh mcm tu.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.161393 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top