CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Jambatan Runtuh, Bekalan Air Untuk 500 Rumah Terjejas

28-9-2023 12:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3757| Komen: 13

Baling: Kira-kira tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh akibat banjir malam tadi.

Kejadian banjir malam tadi juga turut menyebabkan jambatan Bailey di Lata Chelak Kampung Iboi terpaksa ditutup akibat hakisan.


Ketua Kampung Iboi, Nor Mohamad Che Hussain, berkata Jambatan Bailey di kampung berkenaan terpaksa ditutup jam 11 malam tadi selepas arus deras menyebabkan hakisan di tebing sungai berlaku.

JAMBATAN runtuh mengakibatkan penduduk terjejas di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang, Baling. FOTO Ahmad Mukhsein Mukhtar.

"Hujan lebat sejak jam 4 petang semalam menyebabkan air sungai mula melimpah pada waktu Maghrib.

"Saya mula terima panggilan daripada penduduk selepas solat mengatakan rumah mereka sudah dinaiki air, ketika itu juga bekalan elektrik terputus.


"Saya segera menghubungi pegawai, daerah, polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk meminta bantuan, kira-kira 100 keluarga kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Iboi malam tadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Mohamad berkata jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) serta polis mengambil keputusan menutup Jambatan Bailey untuk keselamatan orang ramai.

"Saya harap penduduk dapat mengikut arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa, kita bimbang kejadian ini akan berlaku lagi dan menyebabkan penduduk kampung akan lebih trauma selepas banjir puing 4 Julai tahun lalu.

"Kita harap kerajaan segera membina semula jambatan yang rosak selain mempercepatkan pembinaan empangan dan projek tebatan banjir di sini bagi mengelak penduduk terus menanggung kerugian, "katanya.

Sementara itu, kejadian banjir kali ini turut menyebabkan air masyarakat di kampung berkenaan terputus dan memerlukan bantuan segera untuk baik pulih berikutan ia menjejaskan kira-kira 500 buah rumah di tiga buah kampung berkenaan termasuk Kampung Bukit Iboi.

Nor Mohamad berkata banyak paip utama air masyarakat di kompartment lapan Gunung Inas rosak yang dijangka memerlukan kos lebih RM500,000.

"Namun hanya sebahagian paip yang dibaik pulih tapi kali ini lebih banyak paip yang rosak kerana dihanyutkan air dari gunung dan banyak juga paip tersumbat kerana dimasuki pasir dan tanah," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Apoo 28-9-2023 08:16 PM
Bila hutan yg ada digondolkan, ini la yg akan berlaku. Semoga semuanya selamat.
Quote ninja boy 28-9-2023 08:26 PM
Pindahkan terus ke tempat lain, ini setiap hujan rumah runtuh pastu bina semula hujan runtuh lagi x habis2 setiap tahun, pindah terus la
Quote zehra2 28-9-2023 08:28 PM
Baling ni antara daerah termiskin. betul tak?
moga cepat sampai bantuan. moga dipermudahkam urusan..keruh betul lumpur nya. kwsan balak ke.
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 08:52 PM
zehra2 replied at 28-9-2023 08:28 PM
Baling ni antara daerah termiskin. betul tak?
moga cepat sampai bantuan. moga dipermudahkam urusan.. ...

balak ada seketul jatuh kt rumah orang.
Quote Apoo 28-9-2023 09:02 PM
zehra2 replied at 28-9-2023 08:28 PM
Baling ni antara daerah termiskin. betul tak?
moga cepat sampai bantuan. moga dipermudahkam urusan.. ...

Mula2 pokok ditebang utk balak. Lepas tu tanam musang king. Amaran dah diberi, tapi biasa la. Kerajaan negeri mana nak dengar.

https://www.sinarharian.com.my/article/266867/edisi/utara/projek-musang-king-di-rimba-teloi-ibarat-bom-jangka
Quote shernazz 28-9-2023 10:40 PM
Yang Jadi mangsa nya..Rakyat lah...
Cuba letak kerajaan negeri kat situ..hadap.banjir situ ..
Quote syamzana 28-9-2023 10:49 PM
semoga dipermudahkan semua urusan mangsa banjir. tiap2 tahun tmpt sama je la banjir. mmg takde solution langsung ke? jenuh la rakyat camni
Quote sharlenetexas 28-9-2023 11:54 PM
Kayu balak tergolek depan rumah.


Quote Apoo 29-9-2023 12:01 AM
syamzana replied at 28-9-2023 10:49 PM
semoga dipermudahkan semua urusan mangsa banjir. tiap2 tahun tmpt sama je la banjir. mmg takde solut ...

Sebelum ni jarang2 berlaku. Tapi sejak habih hutan kena tebang tanam musang king, mmg menjadi2 banjir.

Btw kerajaan negeri tak buat kajian pasaran dulu ka? Sekrg ni punya la byk org tanam musang king. Kelantan pun tanam musang king jugak. Siap terbesar dimalaysia. Raub pahang pun sama. Org perseorangan pun ramai yg tanam. Even china pun tanam jugak. Dah mcm supply bakal exceed demand. In the future tah2 harga musang king jatuh rm5 sekilo.
Quote bottombikini 29-9-2023 07:22 AM
kesiannyalah Baling
masih ramai yg miskin2
diduga musibah pulak
Quote harkktuih 29-9-2023 07:30 AM
Cash? Ujian?
Quote grouper 29-9-2023 07:41 AM
Gomen punya kedekut nak lepas budget buat infra yg sepatutnya lepas kena kepala air ari tu sampai ada yg meninggal...skang kena lagi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063297 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top