CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kembar Buat Live NPC Dibandingkan Dengan ANC Khairul Aming

28-9-2023 12:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5699| Komen: 4

Membuat reaksi pelik bersama dialog yang sama selepas menerima 'gift' daripada penonton semasa sesi siaran langsung (live) di TikTok semakin menjadi ikutan warga maya.

Mana tidaknya, perbuatan meniru karakter anime atau robot yang disebut sebagai 'non-player character' (NPC) itu memudahkan mereka yang melakukannya menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit tanpa perlu bersusah payah.


Meskipun sesi live itu mendapat jumlah tontonan yang tinggi, kebanyakan daripada penonton hanya meninggalkan komen negatif dan mempersoalkan motif kandungan seumpama itu dilakukan.


Perkara sama turut diluahkan seorang pelayar X yang merasakan tindakan tersebut sebagai memalukan, apatah lagi ia turut dibuat pasangan kembar wanita berhijab.

"Dah habis kelakar? Macam g*****g adalah," ciapnya ringkas sambil berkongsikan salah satu video NPC melibatkan mereka berdua.

Malah perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya turut mengecam trend seperti itu yang dirasakan membuang masa dan tenaga.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan pelayar yang memasuki live dan menonton aksi sedemikian sehingga berjam-jam lamanya selain sanggup memberi gift sehingga setiap sesi yang dibuat pasangan kembar terbabit mendapat sehingga 100,000 penonton.

"Beza betul kembar NPC dengan kembar ANC (Anugerah Naib Canselor). Pada aku tak kelakar pun kandungan macam ni.

"Kesian... semuanya semata-mata kerana content. Kalau bakal mak mentua tengok ni mesti terus batal! Aku dah sekat akaun TikTok mereka.

"Daripada tengok live mereka, baik aku tengok Sajat... member tengah memasak tu.

"Tak faham view mereka ni ribuan, tak faedah langsung... buang masa ja tengok," ujar beberapa warga maya lagi.

Segelintir pelayar lagi membandingkan penghasil kandungan NPC dengan pempengaruh popular Khairul Aming yang jelas menampakkan matlamat dalam media sosialnya sehingga berjaya membina nama dan empayar perniagaan.

"Kadang aku condemn juga taste hiburan yang suka tengok benda seperti ni. Kalau buat content tutorial make up atau tutorial tudung, aku rasa lagi better.

"Baik interview budak kembar Amin Abid tu, banyak content dia yang memberi manfaat.

"Pada aku tak kelakar pun, content macam ni banyak menampakkan yang content creator versi TikTok tak sebijak Khairul Aming. Content pun b***h macam budak dapat 10E dalam SPM ((Sijil Pelajaran Malaysia)... harap make up tebal, prop terpaling gempak," ujar beberapa warga maya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 28-9-2023 08:49 PM
Apehal asyik nak banding dgn KA je
Over naw nak sanjung si KA tu
Esok dia bt silap sikit ko juga kecewa pakat2 nak kecam
Quote antidote 28-9-2023 09:52 PM
Mana link nya nak tengok jugak  [em:4:]
Quote annehuda 1-10-2023 12:53 AM
Korg hati2 skit ngan anak yg main tiktok tu. Diorg duk kasi gift kt tiktokers content mengarut mcm ni la. Kalau dah ketagih boleh bazir duit mcm tu je.
Quote epullipan 13-10-2023 04:30 PM
aku pon tak tau apa yg dok tgk kembar 2 ekoq tu xde pekdah langsung..baik tgk live ratuspa

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.115727 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top