Beijing: Pengerusi sebuah syarikat produk pembersih di China menjadi bahan ejekan selepas satu rakaman menunjukkan individu itu sanggup memakan sabun demi membuktikan produknya diperbuat daripada bahan semula jadi.
Lapor Oddity Central, rakaman yang tular di media sosial menunjukkan pemilik syarikat Hongwei menggigit sabun itu di hadapan para pekerjanya dalam satu mesyuarat diadakan baru-baru ini. Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat melakukan pembentangan sabun, dengan menegaskan tidak mengandungi bahan berbahaya sebaliknya hanya mempunyai alkali, lemak haiwan dan susu. Bagi menyakinkan orang ramai, lelaki itu mengambil sebuku sabun dan bertindak mengunyahnya sebelum meminum seteguk air.
“Tiada bahan berbahaya. Rasanya lemak dan susu lembu serta biri-biri. “Malah, tiada kesan sampingan, apabila sabun ini digunakan pada badan anda, ia akan memecahkan lemak badan,” kata pemilik syarikat itu dalam klip video pendek. Jelas lelaki itu, sabun keluaran Hongwei diperbuat daripada lemak lembu dan biri-biri. Katanya, ia tidak mengandungi sebarang minyak atau bahan tambahan seperti talkum atau agen pemutih titanium dioksida. Laman sesawang syarikat mengesahkan sabun itu hanya mengandungi alkali, air dan lemak lembu atau biri-biri. Walaupun teknik pemasaran ekstrem lelaki itu bertujuan menunjukkan bahan semula jadi produknya, namun ia menjadi ejekan orang ramai. Malah, beberapa individu juga bergurau bahawa sabun itu boleh menjadi penyelamat nyawa semasa bencana. Hongwei merupakan syarikat pengeluar produk pembersih terkenal yang ditubuhkan pada tahun 1952. Sumber: Kosmo! Online |
plywood: aku teringat drama korea ada s ...
plywood: aku teringat drama korea ada s ...
ADVERTISEMENT