CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Twitter Atau X Paling Banyak Kandungan Berita Palsu

28-9-2023 12:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3763| Komen: 9

Belgium: Platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter dikenal pasti mengandungi sejumlah besar berita palsu berbanding enam rangkaian sosial utama yang lain, demikian menurut kajian Suruhanjaya Eropah seperti dilaporkan Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.


Suruhanjaya itu meneliti lebih 6,000 hantaran media sosial unik di Facebook, Instagram, LinkedIn, TikTok, X dan YouTube. Ia menganalisis kandungan di tiga buah negara yang dianggap berisiko terhadap berita palsu iaitu Sepanyol, Poland dan Slovakia.

Platform X kini dipantau ketat oleh EU. - AFP

“Mesej saya untuk X adalah anda perlu mematuhi undang-undang yang ketat. Kami akan memantau apa yang anda lakukan,” kata Pesuruhjaya Nilai dan Ketelusan Kesatuan Eropah (EU), Vera Jourova.

Kajian mengenai berita palsu itu merangkumi isu seperti pilihan raya atau perang di Ukraine.


Sebelum ini, X ketika dikenali sebagai Twitter bersama-sama rangkaian sosial lain mendaftar untuk menyertai kod sukarela pada 2018. Namun, ia menarik diri daripada kod tersebut selepas berada di bawah kepimpinan pemilik baharunya, Elon Musk.

“Musk tahu bahawa beliau tidak terlepas daripada kod amalan kerana kini kami mempunyai Akta Perkhidmatan Digital yang dikuatkuasakan sepenuhnya,” kata Jourova.

Syarikat-syarikat yang gagal mematuhi akta itu boleh dikenakan denda sehingga enam peratus daripada perolehan globalnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-9-2023 12:10 PM
Xhamster.com tak ada pun yang palsu-palsu, semuanya original spicy
Quote AbukRokok 28-9-2023 12:31 PM
lepas yelong musk amik alih terus cop  sarang disinformation
sebelum tu xkne cop sebab pro lgbt pro woke pro vaksin pro ukraine pro neo con
Quote Dwdrum 28-9-2023 12:49 PM
Siapa yang confuse dengan issue begini better sembah communist
Quote _blackbird 28-9-2023 02:13 PM
Salah sorg feeding the fake news kat x tak lain tak bukan the notorious penyebar fitnah peraka cerita delusional ikon asnaf jalang tersangkak porum cari pelahap roti canai dan pencuri gambar jiran tak lain tak bukan bipolajourney kecelaruan mental pelbagai cabang godzilla vs kong dan valak
Quote AbukRokok 28-9-2023 02:49 PM
2011 twitter mencetuskan huru hara arab spring
org mesir kne tipu dgn fake revolution R4bia
org libya hilang pundidikan purcuma subsidi kehidupan selama lamanya
tapi xkne apa pun sbb naratif semasa
Quote Kak-Rohana 29-9-2023 04:45 AM
Mendapat la… si owner x percaya pd censorship.. jd sampah lah app ko!
Quote MissYouSayang 29-9-2023 05:16 AM
Edited by MissYouSayang at 29-9-2023 05:19 AM

Kini X da jadi lubuk fitnah walanon bngsat kuat main politik je.
Dulu twitter best sebab takde citer psl politaik walanon .
Quote Dwdrum 29-9-2023 08:24 AM
Edited by Dwdrum at 28-9-2023 04:30 PM

Tanpa amendment of constitution gang conspirashit and antivax tidak rasa diri depa special and cerdik... Terutama bangang urban wannabe act seperti communist

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.071962 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top