CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga RON97, RON95, Diesel Kekal

27-9-2023 09:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15904| Komen: 21


Kuala Lumpur: Harga runcit petroleum bagi RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras harga RM3.47 seliter, RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, bagi tempoh 28 September hingga 4 Oktober.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 09:20 PM
Siling lama tumpang tinggal tersenyum sinis
Quote Firenzza 27-9-2023 10:11 PM
Menang hari ini, esok naik harga.....knp naik harga? Sbb saya sudah jd piem.......hahahaha
Quote mojarean_X 27-9-2023 10:13 PM
Janganlah naik. Tempat keje iols jauh
Quote lanacondor 28-9-2023 12:42 AM
Pandai formula dorg. Naikkn semua semua benda. Hujung tahun bentang bajet ckp 'ye kita berjaya menjadi kerajaan terbaik dgn menaikkan ekonomi negara hasil kerah duit rakyat'. Bila handle negara di urus mcm handle syarikat ni la jadinya
Quote MissYouSayang 28-9-2023 04:33 AM
Sekali pun tak pernah turun sejak madanon take over.
Quote noor2 28-9-2023 05:10 AM
Lama minyak x naik sejak anwart memerintah...kalau umno ni dah naik berkali2..

Turunnya mustahil la walau janji palesu
Quote AbukRokok 28-9-2023 08:38 AM
agak2 kalau minyak sampai 150 boleh turunkan x.... tanpa perlu lockdown
Quote Thunderclouds 28-9-2023 10:19 AM
Minyak ni mcm beras.
Suka xsuka tetap kna beli walau naik rega byk mna skalipon.
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2023 10:22 AM
Quote otai_g 28-9-2023 10:28 AM
Kalo kekal sama je la kerajaan ni dgn kerajaan2 yg terdahulu
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 11:15 AM
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2023 09:20 PM
Siling lama tumpang tinggal tersenyum sinis {:m ...

tahun depan siling xde. belajar bersyukur sis. tahun ni bagilah kenderaan masing2 kenyang
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 11:15 AM
Firenzza replied at 27-9-2023 10:11 PM
Menang hari ini, esok naik harga.....knp naik harga? Sbb saya sudah jd piem.......hahahaha{:gif_borj ...

buka mulut je bohong buka mulut je bohong buka mulut je bohong buka mulut je bohong buka mulut je bohong buka mulut je bohong
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 11:18 AM
mojarean_X replied at 27-9-2023 10:13 PM
Janganlah naik. Tempat keje iols jauh

mmg naik. cuma kena tengok subsidi bersasar dilaksanakan cmne tahun depan? adakah b40 m40 layak guna petrol bebas macam sekarang. atau ada limitation. contoh sebulan limit guna 50 liter petrol subsidi. lain2 tanggung sendiri.


kaka rasa cmtu. sbb konsep sama pada tarik elektrik. kalau guna lebih kilowat rumah automatik dikira T20 walaupun realiti rumah tersebut ada pesakit ezcema atau ibu mengandung yang memang perlukan bantuan aircond. benda2 cmni perlu di tackle sebab akan ada orang yang kesusahan terlepas pandang.
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 11:20 AM
lanacondor replied at 28-9-2023 12:42 AM
Pandai formula dorg. Naikkn semua semua benda. Hujung tahun bentang bajet ckp 'ye kita berjaya menja ...

sinking fund sis.


puak2 haprak korbankan subsidi rakyat bersasar. supaya figure2 ekonomi nampak cantik. sebab tu mereka buat awal bukan masa nak pru. nanti pru ada gula2 lain
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 11:21 AM
Thunderclouds replied at 28-9-2023 10:19 AM
Minyak ni mcm beras.
Suka xsuka tetap kna beli walau naik rega byk mna skalipon.

kaka ramal kapcai akan jd main transportation rakyat malaysia. kereta akan guna weekend. kereta akan jd tempat b40 m40 guna subsidi minyak. manakala kapcai jadi tempat rakyat isi minyak tanpa subsidi


situasi sama berlaku di bangkok , vietnam .
Quote kemaruk 28-9-2023 11:21 AM
Sepatutnya negara kita dah jadi negara utopia dah jika kita selami fantasi pensokong anwat dan rafizi sebelum PH2.0 jadi KERAjaan dahulu

Yang gud2 je seharusnya yang kita nikmati di bawah pemerintahan perdana menteri ulung yakni saudara anwar ibrahim, dibantu oleh saudara rafizi a.k.a pakar ekonomi teragung sepanjang djaman
Quote lanacondor 28-9-2023 04:25 PM
kemaruk replied at 28-9-2023 11:21 AM
Sepatutnya negara kita dah jadi negara utopia dah jika kita selami fantasi pensokong anwat dan rafiz ...

Kalau ckp ngn geng2 pH ni satgi diorg pusing knp slhkn pH. pH baru pegang jawatan. Pdhal dia yg jnji Najib turun ringgit naik. Harini pH menang esok minyak turun harga.
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 05:29 PM
noor2 replied at 28-9-2023 05:10 AM
Lama minyak x naik sejak anwart memerintah...kalau umno ni dah naik berkali2..

Turunnya mustahil la ...

tahun depan akan terapung. subsidi bersasar.

im just curious cmne dilaksanakan? ada cakap guna mysejahtera. good luck siapa xcucuk
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 05:32 PM
kemaruk replied at 28-9-2023 11:21 AM
Sepatutnya negara kita dah jadi negara utopia dah jika kita selami fantasi pensokong anwat dan rafiz ...

NATO no action talk only.


jual dream impian yang tinggi. when action zero benda paling mudah depan mata

[youtube]2Ah09r2y1RQ[/youtube]

kita  dari dulu argue benda sama, mustahil kerja puluh ribu kecuali gigafactory. dan kasihan mereka yang percaya kena kencing.

[youtube]8c97xkcMR2Q[/youtube]

sekarang pelaburan dah pindah thailand..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080204 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top