CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UAI Terima Tauliah Ceramah, Kuliah

27-9-2023 08:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16194| Komen: 9

Kuala Terengganu: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerima tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu untuk tempoh lima tahun.

UAI antara 14 penceramah yang lulus temu duga tauliah mengajar dalam tempoh lima tahun bermula 1 Julai tahun ini hingga 30 Jun 2028.



Temu duga tauliah mengajar bagi menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab dibuat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diketuai Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun.

Sebelum ini, JHEAT mengesahkan UAI antara yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah dan berkuliah di masjid dan surau di negeri ini.

Difahamkan, beliau sudah tiga kali dipanggil oleh pihak berkuasa itu untuk menjalani proses temu duga pemegang tauliah.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin mengesahkan hanya 30 individu dalam senarai boleh diberikan kebenaran khas untuk menyampaikan ceramah dan kuliah agama di masjid serta surau di negeri ini.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 09:05 PM
Rozi Jidin tu yang tak menahan tu
Quote batmana 27-9-2023 10:04 PM
Bz sgt

Smpai 3x panggil xdtg2
Quote Triple_8 27-9-2023 10:51 PM
batmana replied at 27-9-2023 10:04 PM
Bz sgt

Smpai 3x panggil xdtg2

Tak datang sebab tidak mahu ditemuduga. Tidak mahu ditemuduga sebab sudah tahu kehendak penemuduga.
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2023 09:57 AM
Salah satu soalan penemuduga:

Adakah Allah S.W.T. berada di atas langit?
Quote tumpanglalu74 28-9-2023 12:49 PM
Habes tu yang keluo masok tv tu ape?
Quote nolya 28-9-2023 01:15 PM
kakikuDibibirmu: Salah satu soalan penemuduga:Adakah Allah S.W.T. berada di atas langit?

Apa susahya nak jawab soalan begitu? Jawab aje lah.  Bukannya tak tau.

Quote zuriey 28-9-2023 08:55 PM
Bkn susah pun
Saje buat teruk
Pentaksub pun bebal
Quote Triple_8 28-9-2023 10:42 PM
zuriey replied at 28-9-2023 08:55 PM
Bkn susah pun
Saje buat teruk
Pentaksub pun bebal

Bukan susah itu kalau dia mahu mengikut kehendak tukang interbiu. Kalau tidak, buang masa saja.
Quote Triple_8 28-9-2023 10:43 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-9-2023 09:57 AM
Salah satu soalan penemuduga:

Adakah Allah S.W.T. berada di atas langit?

Soalan perangkap orang kena tuduh Wahabi ni...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.232371 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top