CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Kata Penyakit X Sangat Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19

27-9-2023 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5557| Komen: 62

Profesional penjagaan kesihatan di United Kingdom (UK) kini bersiap sedia untuk menghadapi pandemik baharu yang berpotensi dikenali sebagai 'Penyakit X' (Disease X).

Menurut pakar, virus baharu itu mungkin lebih dahsyat daripada Covid-19, dan mungkin mempunyai kesan yang sama seperti Selesema Sepanyol pada 1918-1920.


Mereka memberi amaran bahawa potensi pandemik baharu ini mempunyai kapasiti untuk mengakibatkan kematian 20 kali ganda lebih ramai berbanding Covid-19.

Foto: The Star

Pandemik Covid-19 bermula pada 2020 dan meragut hampir tujuh juta nyawa di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggelarkan wabak seterusnya yang dijangkakan sebagai 'Penyakit X', dengan menyatakan bahawa ia mungkin sudah 'dalam perjalanan'.

Menurut pakar kesihatan Dame Kate Bingham, yang mempengerusikan pasukan petugas vaksin UK pada 2020, Penyakit X mungkin mempunyai kapasiti untuk mengakibatkan kematian 20 kali ganda iaitu kira-kira 50 juta kematian, berbanding Covid-19.


Bercakap kepada Daily Mail, Bingham berkata, seluruh dunia perlu bersedia untuk memacu vaksinasi secara besar-besaran dan menyampaikan dos dalam waktu yang singkat.

"Bayangkan Penyakit X adalah berjangkit seperti campak dengan kadar kematian Ebola (67 peratus). Di suatu tempat di dunia, ia mereplikasi, dan lambat laun, seseorang akan mula berasa sakit," katanya.

Pada masa ini, tiada vaksin yang diluluskan tersedia untuk 'Penyakit X'.

Menekankan kepentingan saintis membangunkan koleksi vaksin prototaip yang berbeza untuk setiap keluarga virus yang memberi ancaman, Bingham berkata, hanya permulaan pada vaksin untuk virus maut boleh membantu menyasarkan ciri khususnya.

Menurut Bingham, sementara saintis telah mengenal pasti 25 keluarga virus merangkumi beribu-ribu virus individu, terdapat berjuta-juta virus lain yang masih belum ditemui, lapor Daily Mail.

Pakar kesihatan itu berkata, antara tindakan awal yang perlu diambil ialah memperuntukkan sumber kewangan yang diperlukan. -CARI

Sumber: mStar/ Hindustan Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 27-9-2023 04:48 PM
dari mana dtg nya Disease X..?

negara mana dah kena penyakit ni..?
Quote krustykrab 27-9-2023 04:53 PM
Sapa² yg kena penyakit x ni nnati boleh jadi mcm x-man tak?
Quote Kitty_catz 27-9-2023 04:55 PM
daily mail?

ok next!
Quote Firenzza 27-9-2023 05:09 PM
Cmne diorg tau dahsyat sedangkan blm ada yg kena lg? yg moh pun satu hal dh mcm macit kiah murai tercabut ekor balik NY terus takut2 kan netizen
Quote gigahertz 27-9-2023 06:23 PM
Edited by gigahertz at 27-9-2023 10:24 AM
seri_mawr: dari mana dtg nya Disease X..?negara mana dah kena penyakit ni..?

i rasa virus tu datang dari bawah ais antartika tu.
kan ais tu dah mula mencair banyak la bende2 keluar.
kemungkinan virus dah wujud since zaman Nabi Nuh a.s
tapi Allah bekukan bersama ais.
tu Ais2 kat kutub utara tu semua adalah stok air yang cair masa
zaman Nabi Nuh.
Quote CiliPadiSedap 27-9-2023 07:23 PM
Firenzza replied at 27-9-2023 05:09 PM
Cmne diorg tau dahsyat sedangkan blm ada yg kena lg? yg moh pun satu hal dh mcm macit kiah murai ter ...

dia orang ada super computer sis.boleh ramal tp perlu ada raw data lah history data yang banyak. super computer tu akan predict. contoh dia peliwat akan datang dia temberang.
Quote CiliPadiSedap 27-9-2023 07:24 PM
gigahertz replied at 27-9-2023 06:23 PM
i rasa virus tu datang dari bawah ais antartika tu.
kan ais tu dah mula mencair banyak la bende2 ke ...

yes setuju sis. logik juga. sbb pernah baca news ni
Quote CiliPadiSedap 27-9-2023 07:25 PM
for sure penyakit cmni akan merebak cm covid. kena lockdown. bapa bendera putih  muncul semula.

orang yang amalkan islam dalam hidup masa akhir zaman. tak silap kaka cm pahala berjihad ( kalau silap kaka minta maaf ye ingat2 lupa)
Quote Skuau 27-9-2023 07:28 PM
krustykrab replied at 27-9-2023 04:53 PM
Sapa² yg kena penyakit x ni nnati boleh jadi mcm x-man tak?

tak...jadi x wife,x husband,x gf,x bf.....gitew...
Quote yellowsky 27-9-2023 07:35 PM
aku rasa virus ni  Man made
Quote lightheaded67 27-9-2023 07:59 PM
pnyakit x ni aper, pernafasan jgk ker?

https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/09/26/disease-x-health-agencies-worldwide-on-guard-for-hypothetical-next-pandemic

dlm artikel atas tu, acik tu kata
"Imagine Disease X is as infectious as measles with the fatality rate of Ebola. Somewhere in the world, it’s replicating, and sooner or later, somebody will start feeling sick," she added.

so dah keluar lah??
Quote kaedahnya 27-9-2023 08:05 PM
asal malaysia cam sendu je perihal update tentang penyakit ini?
Quote cmf_premierleag 27-9-2023 08:07 PM
tak sabor akak nk cucuk chip 5G vaksin ke dlm badan agar ejen2 yahudi mossad dpt kesan kedudukan lokasi sebenar akak
Quote cmf_premierleag 27-9-2023 08:09 PM
gigahertz replied at 27-9-2023 06:23 PM
i rasa virus tu datang dari bawah ais antartika tu.
kan ais tu dah mula mencair banyak la bende2 ke ...

sbb tu saintis dan barat sgt gerun dgn climate change sbb global warming ni la buatkan ais glasier cair and akan keluar virus purba
kat tibet pun dh ada...bilamana saintis jmpe virus zmn purbakala udah muncul balik sbb ais glasier mencair kt atas pergunungan tibet sana
Quote cmf_premierleag 27-9-2023 08:10 PM
kaedahnya replied at 27-9-2023 08:05 PM
asal malaysia cam sendu je perihal update tentang penyakit ini?

smlm punya buletin utama udah keluar
tp mcm biasa la..KKM kan super slow..
Quote kaedahnya 27-9-2023 08:11 PM
plz la jangan lockdown lagi
Quote kaedahnya 27-9-2023 08:12 PM
cmf_premierleag replied at 27-9-2023 08:10 PM
smlm punya buletin utama udah keluar
tp mcm biasa la..KKM kan super slow..

knowing malaysia ni kengkadang macam, no need to panic gittew
Quote CiliPadiSedap 27-9-2023 08:17 PM
yellowsky replied at 27-9-2023 07:35 PM
aku rasa virus ni  Man made

dan ia datang dari china. sbb rakyat china je rajin melancong serata dunia.
Quote lola0311 27-9-2023 08:21 PM
seri_mawr replied at 27-9-2023 04:48 PM
dari mana dtg nya Disease X..?

negara mana dah kena penyakit ni..?

negara mana pulak yang kena tuduh ni? mcm pelik dh tahu ada virus tapi xbendung. sibuk kenalkan vaksin utk dijual

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071558 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top