CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mai Pakai Seluar Pendek, Tak Ada Siapa Melarang Pun," -Sanusi Jemput Tiong King Sing Datang Langkawi

27-9-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2987| Komen: 29

ALOR SETAR –  Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kononnya terdapat larangan terhadap pelancong bukan Islam untuk memakai seluar pendek serta mengambil minuman keras di Langkawi.


Menurut Menteri Besar kedah itu beliau tidak faham mengapa isu itu perlu dibangkitkan oleh Tiong sedangkan portfolio dipegangnya memerlukan beliau untuk melonjakkan lagi industri pelancongan termasuk di pulau legenda tersebut.

Sehubungan itu katanya, King Sing dipelawa untuk hadir ke Langkawi dengan memakai seluar pendek, bagi melihat sendiri keadaan di destinasi pelancongan popular tersebut.


Foto: Kosmo

“Tak tahulah kenapa isu ini dibangkitkan, mungkin ada orang ‘cucuk’ beliau agaknya. Saya bukan nak gaduh dengan menteri tetapi beliau seharusnya datang tengok sendiri dan bukannya dengar cakap orang lain semata-mata.


“Menteri itu boleh ‘mai’ Langkawi pakai seluar pendek sebab beliau bukan Islam dan tak ada siapa melarang pun. Sesiapa pun kalau agama mereka benarkan, pakailah tetapi tak bolehlah pakai sesuatu yang mencolok mata atau berbogel di pantai kerana itu tak sesuai dengan budaya kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini memetik kenyataan King Sing berhubung perkara itu di Parlimen yang mendakwa, terdapat dalam kalangan pelancong mengadu kepada kementerian berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kerajaan tertentu di Langkawi.

Menurut laporan akhbar berkenaan, King Sing dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa beberapa pegawai kerajaan dikatakan mengganggu pelancong mengenai etika berpakaian dan pengambilan alkohol.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-9-2023 04:47 PM
Boleh je anak2 gula berbikini sunbathing

Quote kitmal 27-9-2023 05:32 PM
Kerajaan negeri harus jelaskan peraturan apa yang dibenar dan tidak dibenarkan untuk mengelakkan kekeliruan....ni pun susah sangat ke
Quote Skuau 27-9-2023 05:55 PM
Sebagai pirdana mintili Mintulu..dia sepatutnya promosikan pantai tanjung batu...sbgai PANTAI BEBUGIL kpd sesapa yg mengidam untuk berbugil.
                             
Quote Radzor 27-9-2023 09:33 PM
menteri klia
Quote CatMiow 27-9-2023 09:39 PM
Ting tongnya.. Pesal ketat kalah Brunei.

Warga wanita brunei pun bebas berfree hair kesana sini, tak seperti orang Malaysia bayangkan bahawa mereka kat sanun bertudung litup
Quote Innrukia 27-9-2023 10:48 PM
kitmal replied at 27-9-2023 05:32 PM
Kerajaan negeri harus jelaskan peraturan apa yang dibenar dan tidak dibenarkan untuk mengelakkan kek ...

baru keluar dari terowong halimunan ka?
sejak bila Kedah larang org jantan pakai seluar pendek?
Muslim ka non muslim ka melambak kat Kedah ni pakai seluar pendek bukan kat Langkawi saja.
Menteri bangang yg melompat bela warga cina masuk tak ikut peraturan pun ada yg percaya.
Dah tu rekod imigresen pun x keluar lagi
Quote jfq 27-9-2023 10:55 PM
Nipu ah
Aku selalu gak tgk youtube foreign tourists  pasal diaorg holiday kat lkwi
Selamba aje yg lelaki pakai shorts yg pompuan pakai bikini kat airterjun
Quote gideoncross 27-9-2023 11:06 PM
CatMiow replied at 27-9-2023 09:39 PM
Ting tongnya.. Pesal ketat kalah Brunei.

Warga wanita brunei pun bebas berfree hair kesana sini, ta ...

X smua kat Bruneiku terchenta sini brtudung Rmai je yg freehair.
Quote gideoncross 27-9-2023 11:06 PM
Skuau replied at 27-9-2023 05:55 PM
Sebagai pirdana mintili Mintulu..dia sepatutnya promosikan pantai tanjung batu...sbgai PANTAI BEBUGI ...

Pantai Berbugil
Quote lanacondor 28-9-2023 12:50 AM
Edited by lanacondor at 28-9-2023 12:52 AM

Kesnya pelancong2 sangkak ni nk berbogel kt tepi pantai tapi miskin. Ko nk berbogel pegi la pantai yg berbayar. Tapi sb xmampu pusing cerita lain. Kt Thailand Pon ada tmpt2 khas utk pelancong nk berbogel. Bkn pantai awam. Ni ko g pantai awam kena la ikut undang2
Quote lola0311 28-9-2023 07:09 AM
menteri tapi mcm pembangkang apa kata dia buat pantai berbugil di sarawak dulu
Quote B40tastePosh 28-9-2023 09:11 AM
Mesti la ada kes tu kenapa pelancong tak nak pergi Langkawi.

Mostly pelancong suka pakai bikini je....mungkin Mulayu Isle terhina pelancong bersiar siar pakai bikini dlm kampung Mulayu Meleis Isle
Quote kakikuDibibirmu 28-9-2023 09:15 AM
Innrukia replied at 27-9-2023 10:48 PM
baru keluar dari terowong halimunan ka?
sejak bila Kedah larang org jantan pakai seluar pendek?
Mu ...

Pakai seluar pendek kalu, tak boleh jadi wali
Quote Skuau 28-9-2023 09:38 AM
gideoncross replied at 27-9-2023 11:06 PM
Pantai Berbugil

ya....mohon dia,bini,ank dia berbugil kt pantai tu dulu..tuk promosikan kpd orng luar....cuma 'hutan rimba bara' kasi clear dulu ler..bg elok orng tgk...
Quote CatMiow 28-9-2023 12:34 PM
gideoncross replied at 27-9-2023 11:06 PM
X smua kat Bruneiku terchenta sini brtudung Rmai je yg freehair.

Atu tah.. Ramai iski brunei mengamalkan hukum hudud

Sekali ada yg masuk vlog pelancong asing orang sembahyang jumaat, ia bawa pelancong jalan kerumahnya diatas air.

Balum lagi muka penkid, golongan terutama anak-anak T20.
Quote Thunderclouds 28-9-2023 01:14 PM
Nk jadik amarika gamaknya.
Lain state lain undang²
Quote shida81 28-9-2023 04:02 PM
Sejak bile x blh pakai suar pendek kt langkawi.. Berpuluh thn ak nengok elok je amoi2 omputih kat situ...
Quote ChildrenOfBodom 28-9-2023 04:11 PM
"Mai la langkawi, pakai panjang mana pon takpa, kalau ada size"

Wartawan tak petik habis ayat Nusi
Quote gideoncross 10-10-2023 06:59 PM
Skuau replied at 28-9-2023 09:38 AM
ya....mohon dia,bini,ank dia berbugil kt pantai tu dulu..tuk promosikan kpd orng luar....cuma 'hut ...

Bulu ktiak pun kna clear kn, jgn brjuntaian kat situ plak.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.242402 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top