CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Lembu Mati Ditembak Polis Ada 11 Rekod Jenayah

27-9-2023 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1960| Komen: 15

KOTA BHARU – Suspek berumur 33 tahun yang maut ditembak selepas melarikan diri semasa dikejar sebuah kereta peronda (MPV) polis di Tok Bok, Machang dekat sini kelmarin mempunyai 11 rekod jenayah lampau.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, suspek  sebelum ini terlibat dam kes jenayah pecah rumah, khianat dan keganasan rumah tangga selain beberapa lagi kes jenayah.

Menurutnya, rakan suspek yang berusia 43 tahun yang ditahan dalam kejadian itu juga merupakan seorang penjawat awam.

Foto: Kosmo

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek yang maut dan rakannya itu mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Pemeriksaan di dalam kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki kedua-dua suspek tempoh hari menemui dokumen pengenalan diri milik seorang lelaki yang beralamat di Klang, Selangor. Lelaki itu dipercayai menjadi mangsa samun kedua-dua suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 27-9-2023 04:45 PM
Tak sangka si mampus ada 11 rekod jenayah.. Bagus la kalau dah mampus..
Quote mejaputih 27-9-2023 04:55 PM
rakan yg ditangkap pula penjawat awam dan positif dadah...buang je la dari keje gomen...bagi peluang org yg clean amik post dia...
Quote Thunderclouds 27-9-2023 05:03 PM
Suka baca ending gini.
Jimat masa,jimat tenaga,jimat cukai yg rakyat bayaq.
Tinggal kambus ja.
Quote nazzse 27-9-2023 06:32 PM
Dekat telegram ada manusia yg backup penjenayah ni & marah polis tembak sampai mati. Nahh terbukti sapa betul sapa jahat sekarang.
Lagi berminat nak tahu jabatan member si mati tu
Quote shamsadis 27-9-2023 07:01 PM
ok lah tu, dari masuk penjara kena tanggung makan minum, kita yang kat luar ni, tengah sruggle lagi lah nak tanggung banduan
Quote Skuau 27-9-2023 07:21 PM
Edited by Skuau at 27-9-2023 07:36 PM

kesian...curi lembu pon 'dikasi tembak mati'....kes pon 11 jer...lain worang..berpuluh kes...dia punya kes kemain lagi...boleh pulok lepas...dunia...dunia...
Quote plywood 27-9-2023 08:03 PM
penternak lembu dan pemilik lembu mest lega gila dengar berita ni
Quote kotakominami 27-9-2023 08:18 PM
Bagusla mampus je...sape yg kesian tu ko ambikla banduan satu sorang buat anak angkat....tgok boleh tahan tak? Boleh jadi giler kalau ade ahli kuarge camni.....
Quote Skuau 27-9-2023 08:39 PM
Edited by Skuau at 27-9-2023 08:40 PM
kotakominami replied at 27-9-2023 08:18 PM
Bagusla mampus je...sape yg kesian tu ko ambikla banduan satu sorang buat anak angkat....tgok boleh  ...


bukan dh angkat sorang jadi ketua negara ke??? Hang mudah lupa ke...hang buta???
Quote Skuau 27-9-2023 08:43 PM
shamsadis replied at 27-9-2023 07:01 PM
ok lah tu, dari masuk penjara kena tanggung makan minum, kita yang kat luar ni, tengah sruggle lagi  ...

kan...baik tanggung makan minum perogol rohingya tu nanti drp pencuri lembu...
Quote kotakominami 28-9-2023 12:53 AM
Skuau replied at 27-9-2023 08:39 PM
bukan dh angkat sorang jadi ketua negara ke??? Hang mudah lupa ke...hang buta???

Aku tk angkat yg tu
Quote boo03 17-11-2024 05:16 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.088768 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top