CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Penjaja Tempatan Dikompaun, Berniaga Tanpa Lesen Di Bahu Jalan Sampai Ganggu Lalu Lintas

27-9-2023 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2627| Komen: 26

KLANG – Tindakan 12 penjaja tempatan dikompaun dalam masa seminggu bermula 17 September dan Ahad lalu  gara-gara berniaga tanpa lesen sah di bahu jalan di Tasik Gravit8, Kota Bayuemas sehingga menyebabkan kesesakan.


Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, penguatkuasaan itu dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan ketidakselesaan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.


Foto: Kosmo

“Selain penjaja tiada lesen perniagaan sah, aduan itu termasuk keadaan persekitaran dicemari sampah sarap, kesesakan lalu lintas dan menganggu aktiviti riadah penduduk setempat.

“Ketika penguatkuasaan selama seminggu itu didapati 12 penjaja tempatan berniaga di lokasi itu dan tiada warga asing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok mengenai rasa tidak berpuas hati netizen apabila kawasan itu dipenuhi penjaja terutama pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Jelas Norfiza, pihaknya menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya tidak mengambil tindakan terdapat penjaja warga asing. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 04:23 PM
Asyik-asyik Melayu jah kena
Quote Skuau 27-9-2023 04:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2023 04:23 PM
Asyik-asyik Melayu jah kena


Ini saiya hepi kakak hepi serupa ini:-
-Asing Worang suka mana mau niaga
Quote helicornia 27-9-2023 04:32 PM

esok2 melayu gak kena langgar dh makan tepi jalan mcm tu, nak salahkan sapa
Quote prettyuglybabe 27-9-2023 04:38 PM
baru nak cakap dah ada yang guna sentimen kaum..
eh.. nak berniaga pi la apply lesen..
berniaga kat tempat yang sesuai..
amik suntikan typhoid..
berniaga tepi jalan macam tu sekali kena libas dengan motor ke kereta ke lori ke, nak main sentimen apa pulak..
Quote _blackbird 27-9-2023 04:49 PM
most peniaga cina yg berniaga tepi jalan ni diorg ada register ssm, ada lesen penjaja walaupon jenis pacak khemah sebab tu tak kena kacau, aku ada kenal sorg cobbler melayu kat sini dia pon meniaga kaki 5 juga, dia mmg register ssm & ada lesen penjaja ke apa, majlis byk kali rampas khemah org jual makanan kat depan port dia (dlm ramai jual makan tu 1 je yg ada lesen penjaja), dia & yg ada lesen penjaja tu sampai hari ni masih menjaja tepi jalan takda pon majlis halau ke apa.
Quote bottombikini 27-9-2023 05:05 PM
pastu yg membeli pulak sejenis pemalas
semua nak drive thru
Quote antikorok 27-9-2023 05:05 PM
Puak2 Priskiess, Rohingyack dan Abangla tersengih sinisss sambil aman2 jual sayur tepi kaki lima yg kalau viral jahhh baru pbt menggelupor rampas
Quote namieamuro 27-9-2023 05:10 PM
bam pulis. tolong halau sekali yg niaga kt trapik lite. dan yg tadah tgn mengemis kt trapik lite tu
Quote kitmal 27-9-2023 05:29 PM

Yang guna sentimen kaum tu tak pernah terpikir ke...yang akan kena langgar tu melayu juga...yang mati katak tu melayu jugak..yang akan  keluarga sengsara melayu juga...
Quote eragon 27-9-2023 05:31 PM
Ok good. teruskan. saman semua yg menjaja air la, jeruk la, dll yg di traffic light. bahaya la. keselamatan pengguna jalan dan diri diorang sendiri. imej malaysia pun tak cantik di mata dunia.
Quote Skuau 27-9-2023 06:03 PM
kat tmpt aku..warga myanmar amik separuh jln letak meja kusi..tak pernh pon kena angkut...tapi saiya x heran la...sb:
'ank myanmar pon ank saiya..jugok'-Saiya ulang abang
Quote Skuau 27-9-2023 06:06 PM
Edited by Skuau at 27-9-2023 06:07 PM
helicornia replied at 27-9-2023 04:32 PM
esok2 melayu gak kena langgar dh makan tepi jalan mcm tu, nak salahkan sapa


"SEMUA NI SALAH MULAYU LA.Mereka BUKAN anak2 saiya"-
Quote Firenzza 27-9-2023 06:24 PM
Jelas Norfiza, pihaknya menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya tidak mengambil tindakan terdapat penjaja warga asing.


.......pati ni cmne pbt nak saman ye......kot ic biru tu sah2 ada alamat dlm ic....serupa jg dgn bangla, rohingya bawak keta xde lesen xde insurans, kot langgar melayu pun sama juga mati katak
Quote blue_blur 27-9-2023 06:28 PM
Edited by blue_blur at 27-9-2023 06:29 PM

hanat lah, garvit8 tu punya le sendu, memang sempadan/dekat kawasan kampung, bukan laluan utama pun.. yang komplen mungkin residen bajet kayangan tu, tapi tetap tak usik kawasan dia pun...

oh, aduan awam terus kau ambik tindakan, jalan berlubang tak rata, tiba2 kau buta lah? pekak lah? otak beku lah? salahkan orang atasan lah?
Quote nono86 27-9-2023 11:39 PM
Kalau melayu, biar la dorang nak buat ape.. nak handle melayu, cukup guna budi bicara je, undang2 tolak tepi.. demikian kata 'melayu premium' yang sentiasa merasa tertindas..
Quote MarryPottet 27-9-2023 11:50 PM
Dinyatakan earga tempatan sebab semua ada IC kan
Kat daerah tu terutamanya tolonglah jangan percaya bahawa semua yg ada IC itu adalah warga tempatan. Geng bibik terpaling utama
Quote cmf_jeangrey 28-9-2023 12:12 AM
Kalau peniaga locals SEMUA apply lesen, ikut sistem, ikut regulations..warga asing xkan ada ruang utk bukak payung meja merata2..diorg indrectly akan ikut sbb tahu itu satu kesalahan besar..kalau locals pun beramai2 bukak payung meja merata, susah dah nak kontrol..raid sini, tumbuh pulak kat sana...so org luar pun ikut la sbb ada ruang dan contoh
Quote lanacondor 28-9-2023 12:55 AM
Skuau: kat tmpt aku..warga myanmar am ...
ayat mat sabu 'warga asing Pon perlukan makanan jugak'.
Quote fortiori13 30-9-2023 09:36 PM
prettyuglybabe: baru nak cakap dah ada yang gu ...


Setuju sis... Nak niaga gi la apply lesen & niaga kat tempat yg dibenarkan. Ni berniaga tepi jalan susahkan pengguna jalan je, tu belum kira peniaga yg jenis main buang sampah merata kat area meniaga tu. Elok sangat la peniaga gini diambil tindakan...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039362 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top