CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Ragut Nyawa Enam Beranak: Abdullah Jalani Pembedahan Rahang

27-9-2023 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1628| Komen: 15

JOHOR BAHRU – Mangsa yang terselamat dalam nahas meragut enam sekeluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan di sini 1 September lalu, menjalani pembedahan pada rahangnya hari ini.

Perkembangan kesihatan Abdullah Amir Ruddin, 15, dikongsikan ibu saudaranya, Nor Hila Noor dan abang sulung Abdullah, Abdurrahman yang kini mengambil alih menjaganya.


Menerusi video yang dikongsikan oleh Abdurrahman di TikTok, adiknya itu akan menjalani pembedahan pada rahang muka di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Foto: Tiktok

“Saya kini berada di Hospital Muar, ada ‘appoinment’ (temujanji) adik saya itu, Abdullah ‘operate’ (pembedahan) rahang dia.

“Doktor bagi tahu dekat saya kemungkinan hari esok (hari ini) dia akan di ‘operate’,”katanya dalam video berdurasi 4 minit itu.

Dalam rakaman suara di dalam video yang sama, ibu saudara mereka, Nor Hila memaklumkan telah membuat kebenaran untuk Abdullah dimasukkan ke wad dan menjalani pembedahan tersebut.


“Hari ini (semalam) saya telah membuat kebenaran untuk (Abdullah) dimasukkan ke wad, kemungkinan besar dimasukkan ke kecemasan untuk pembedahan rahang dia.

“Sebab tidak boleh tunggu lama-lama, sudah lebih 20 hari, rahang dia sudah mula mengeras, kena bedah secepat mungkin kalau kita tangguhkan lagi mungkin akan mengambil masa untuk pulih.

“Dia akan susun semula gigi dia, pakai pendakap gigi akan makan masa berbulan, jadi saya buat keputusan lakukan secepat yang mungkin,”katanya.

Dalam kemalangan pada pukul 6.37 petang Jumaat 1 September lalu, ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia.

Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak di sini untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Namun setibanya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Azla dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 27-9-2023 04:37 PM
Semoga diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan
Quote antikorok 27-9-2023 05:14 PM
Parah juga kemalangan kalau rahang kena bedah siap kena susun semula gigi

Semoga diberi Syifa dan kesembuhan kepada adik ini dan semoga dipermudahkan segala urusan keluarganya. Semoga kuat semangat
Quote mejaputih 27-9-2023 05:18 PM
semoga both abg dan adik kuat semangat...besar peranan abg utk ubati derita si adik...semoga Allah berikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan in future.
Quote darkness 27-9-2023 05:20 PM
Semoga diberiksn kesembuhan buat anak2 yatim ni..
Quote Lampuled 27-9-2023 05:28 PM
Semoga dipermudahkan urusan dua beradik dan keluarga mereka. Dilimpahi rezeki yang tak pernah putus2
Quote honeybee1802 27-9-2023 06:34 PM
Sob..sob...iols tgk video abdullah td...kira parah la kecederaan dia...still ada wayar kt hidung..mungkin utk makan...mungkin kecederaan pd rahang tu menyukarkan dia makan kot..dia pun muda lagi...semoga diberi kesembuhan utk dia dan kemudahan utk keluarganya...abangnya pun nampak ceria dah..ada iols ngk video  dr indon sedih betul abangnya lepas solat terduduk terisak jg dia...
Quote manehnya 27-9-2023 08:03 PM
Sedeh sgt kisah depa... ya allah bantu mudahkan urusan anak² ni ya rab... ????
Quote cmf_premierleag 27-9-2023 08:12 PM
hebatnya dugaan yg dia kene hadapi bilamana dia sorang je terselamat dlm nahas eksiden
semoga semua urusan dua beradik ni dipermudahkan
Quote diss69 27-9-2023 08:17 PM
Ya Allah,bagi laa kekuatan dan ketabahan pada ank² ini,permudahkanlah segala urusan...Aamiin²..
Quote mawarika 27-9-2023 08:55 PM
Insan terpilih kuat jugak abg dia. Tgk family baik2 semua.. semoga cepat sembuh adik ya.
Quote lanacondor 28-9-2023 12:57 AM
antikorok: Parah juga kemalangan kalau ra ...
Allahumma aamiiin.. Semoga Allah perkenankan doa hambanya
Quote boo03 17-11-2024 05:17 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.093939 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top